#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 June 2013

Tawaran RM1,000 untuk tangkap penyokong liar... KLIK baca ni!


"Mana-mana individu yang dapat menangkap penyokong yang bertindak liar seperti melempar batu, botol dan sebagainya akan mendapat imbuhan RM1,000,” kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung KAFA kali Ke-58 dan 59 di sini, hari ini.

Buat julung kali, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana penyokong mereka yang dapat menangkap penyokong sendiri yang cuba mencetuskan kekacauan pada final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT), 29 Jun ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, inisiatif itu, yang mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bertujuan mendisiplinkan penyokong Kelantan pada perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.


FAM juga telah bersetuju untuk membenarkan persatuan negeri Kelantan dan Johor meletakkan 100 marsyal masing-masing bagi mengawal penyokong kedua-dua pasukan yang hadir pada perlawanan itu.

Menurutnya FAM telah meminta penyokong Kelantan agar memasuki pintu stadium sebelah kiri manakala penyokong Johor DT pintu sebelah kanan bagi menyaksikan perlawanan itu.

"Kelantan juga telah diperuntukkan sebanyak 30,000 tiket yang akan dijual pada 24 Jun ini dengan harga RM40 setiap tiket,” katanya. - Bernama


ARTIKAL  TERDAHULU KLIK:


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.