#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 Jun 2013

Sebab ni lah, pembangkang berkeras mahukan Padang Merbok... KLIK baca!!!


Sumber berkata, sasaran pembangkang untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan tersebut bukanlah semata-mata bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar iaitu bagi merealisasikan cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Semasa perhimpunan pada Sabtu ini, peserta yang hadir dikehendaki berada mengikut lokasi ( 7 tempat permulaan ) masing-masing dan bergerak mengikut kumpulan.

Setiap kumpulan akan diterajui bersama pemimpin pembangkang serta NGO semasa bergerak menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Merbok . 


Tujuh tempat permulaan sebelum mereka berarak iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut serta Pekeliling 

Menurut sumber lagi "sebenarnya lokasi perhimpunan ( Padang Merbok ) tersebut hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat utama pembangkang ialah mahu berarak menawan jalan raya bagi tujuan menumbangkan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini. 

Mereka berkeras enggan mengikut arahan polis dengan bermacam-macam alasan. Hinggakan cadangan dan nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar himpunan diadakan dalam stadium pun tak di ambil peduli.


Kata sumber lagi, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti...

Segala usaha bersungguh-sungguh pembangkang menarik sokongan orang ramai agar menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Sabtu ini, dipercayai langkah bagi mencapai cita-cita Anwar Ibrahim yang terdesak mahukan kuasa untuk memerintah negara ini.


Yang pastinya, rancangan penganjuran serta tindakkan akan dilakukan puak-puak haramjadah ni akan mencetuskan huru hara dan juga menganggu ketenteraman awam, sabtu ini...

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.