#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 June 2013

WAJIB BACA: Rakyat Johor kini berpeluang terlibat secara langsung!



KENYATAAN MEDIA

Rakyat Johor kini berpeluang terlibat secara langsung ‘mencorakkan’ pembangunan Johor dengan mengambil bahagian, menyuarakan pendapat, kehendak, jangkaan dan keperluan untuk dijadikan dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi membolehkan kerajaan membuat tindakan berasaskan pandangan rakyat melalui satu kajian yang dinamakan Suara Hati Johor. Kajian yang akan dilaksanakan oleh Universiti Teknologi Mlaysia (UTM) itu menekankan tiga objektif utama iaitu mengetahui beberapa indikator berkaitan permasalahan rakyat, mengenal pasti isu-isu utama yang dihadapi rakyat dan mencadangkan dasar-dasar yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

Website SUARA HATI JOHOR
 
http://surveys.suarahatijohor.com/s3/

Kajian ini juga dilihat sebagai satu wadah bagi memperkasakan dan memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan menyeluruh ke arah pembentukan Negeri Johor Maju menjelang tahun 2020. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan dasar yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor demi mendaulatkan kuasa rakyat.

Saya yakin bahawa rakyat hari ini sangat prihatin dan peka terhadap dasar-dasar kerajaan bagi mencorakkan masa depan negeri Johor yang gemilang. Suara Hati Johor ini adalah aspirasi saya supaya rakyat dapat bersama-sama melakar masa depan negeri ini melalui pendekatan merakyatkan kerajaan, memperkasakan muafakat Johor dan pembangunan pro-rakyat. Rakyat bolehlah terlibat secara langsung menyatakan hasrat hati dengan jujur, rasional, terbuka dan berterus-terang.

Semoga suara hati anda semua akan dapat disimpulkan sebagai mesej penting atau harapan daripada rakyat kepada Kerajaan Negeri Johor untuk direalisasikan mengikut keperluan. Kaedah penyelidikan ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif melalui kajian survey di lapangan dan laman web.Justeru, rakyat Johor diseru agar mengambil bahagian dalam kajian ini secara online di laman sesawang http://surveys.suarahatijohor.com/s3/ atau bertemu dengan para urus setia yang akan turun padang menemui anda semua secara rawak di kawasan masing-masing.

Saya turut menyeru jabatan-jabatan kerajaan untuk sama-sama terlibat menjayakan kajian itu.Saya berharap agar jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi penting dapat turut serta memberi sokongan serta komitmen sepenuhnya terhadap pelaksanaan kajian ini.Apa yang lebih penting ialah supaya tindakan dan pelaksanaan dapat diterjemahkan setelah kajian ini disimpulkan nanti.

ARTIKAL TERDAHULU KLIK: Senarai Exco Negeri Johor


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.