#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

19 June 2013

Anwar boikot #SuaraRakyat505? KLIK baca ni!


Akhirnya desakkan hampir 60 NGO yang bergabung dibawah nama #SuaraRakyat505 yang mengesa supaya ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya lalu, memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini ternyata diperlekehkan dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang itu sendiri!


Keputusan yang diambil Anwar Ibrahim pada sidang medianya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), tengahari tadi... Dilihat langsung tidak memperdulikan gesaan pengikut (diatas) yang sebelum ini sanggup berhujan berpanas disetiap Himpunan Blackout 505 anjurannya. 

Menurut Anwar;
Kami Akan Hadir Angkat Sumpah Parlimen - Anwar
PETALING JAYA: Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. Selanjutnya...
Nah, inilah rupanya manusia yang ditatang puak-puak 'blackout' dan hingga dianggap hero rakyat. Bukan main lantang membuat bantahan, pertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa SPR tidak telus dan tidak adil.

'Road Tour' kesana kemari... Membuang masa mendengar ceramah Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini... 

Sampai masanya... 'Suara Rakyat' yang dikatakan suara keramat, tidak diendahkan. Suara-suara NGO diumpama seperti hanya suara bingit nyamuk yang tidak perlu di ambil peduli dan dilayan... Realitinya, mereka semua akan berada di Parlimen pada 24 Jun ini. Boikot desakan #SuaraRakyat505...

So, kepada para-para penunjuk perasaan serta NGO-NGO yang terlibat tu... Sedar tak dengan apa yang mereka telah lakukan ni? Bodoh la jika masih mahu lagi nak bersekongkol dengan perhimpunan BlackOut 505 pada 23hb Jun ini... Sudah-sudah la tu!

Mereka tu semua bukan hero rakyat... Tapi, hero memperalatkan rakyat. Pendapat MP lah, dah alang-alang bantah dan tak percaya dengan ketelusan serta keputusan pilihanraya lalu tu, boikotlah terus... 

Ada berani ka? Selanjutnya KLIK


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.