Kalau dengar cerita gemparnya, memanglah Malaysia akan lumpuh sepenuhnya. Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang memerintah juga akan tumbang dan para pemimpin kerajaan akan lari lintang-pukang menyelamatkan diri ke merata-rata tempat di seluruh dunia dengan membawa segala kekayaan dan kaum keluarga mereka. Bahkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam sahaja, seluruh Malaysia akan menerima sebuah rejim pentadbiran yang khabarnya lebih cerdik, lebih adil, lebih telus dan tidak korup.
Dengan kempen yang berterusan dan promosi agresif selama dua bulan, sokongan NGO asing serta pelbagai gimik dan provokasinya, amat luar biasa. Jumlah sasaran lebih 500,000 yang akan hadir berhimpun dalam program yang disifatkan sebagai kemuncak bantahan terhadap keputusan PRU-13 itu juga bukan suatu yang mustahil. Macam tu la ceritanya kan...
Semalam, tamat sudah demonstrasi haram yang dipanggil Black 505. Cerita kelmarin telah terjawab.
Selama lebih kurang tiga jam berkumpul, berbagai kesalahan dan peraturan yang telah mereka buat. Bahkan perhimpunan itu sendiri sudah HARAM sejak dari mula lagi. Perlakuan ganas terhadap penjawat awam serta membawa anak kecil memperlihatkan bahawa pembangkang gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.
Meskipun penganjur telah pun memberi jaminan akan memastikan bahawa perhimpunan yang kononnya akan berlangsung dengan aman, namun perhimpunan itu tetap disusuli dengan pelbagai insiden yang melanggar undang-undang.
Misalnya, akta tersebut menggariskan seseorang di bawah umur 21 tahun tidak boleh menjadi penganjur manakala kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan.
Mana-mana orang yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak pergi ke perhimpunan juga dianggap telah melakukan kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM20,000.
Tetapi itulah pembangkang.
Mereka tidak pernah takut atas semua perkara itu kerana mereka percaya – matlamat menghalalkan cara.
Bagi mereka, undang-undang negara cuma terpakai kepada golongan yang menentang mereka.
Jika yang KENA musuh mereka, itulah namanya keadilan.
Jika yang KENA itu mereka, itu adalah kezaliman.
Kalau diteliti apa yang dituntut dalam perhimpuan haram Black505 ini, semuanya boleh membuatkan kita loya tekak dan nak muntah.
Mereka mendakwa perhimpunan ini dibuat konon hendak menunjukkan rakyat, segala apa yang tipu dan semua yang tidak adil dalam keputusan PRU-13 termasuk membuktikn kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sememangnya wajib dibantah.
So, sekarang... Jawapan apa yang telah dapat?
Nah... Pembangkanglah sebenarnya yang sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan dan hendak menjadikan SPR sebgai ‘scape goat’ atau kambing hitam.
Sebagai contoh, tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial ternyata tidak pernah berlaku. Begitu juga pengundi hantu dan 40,000 pengundi Bangla yang mereka kecohkan itu, mana pergi bukti dan jawapan semua itu?
Pembangkang kena ingat, SPR hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah. Bahkan SPR telah melaksanakan 19 penambahbaikan sepertimana cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Itu mereka jangan lupa dan buat-buat lupa.
Berbalik pada penganjuran Himpunan BLACK505 semalam, jumlah yang hadir ternyata kurang gila berbanding perhimpunan yang pernah dianjurkan oleh pembangkang sebelum ini.
Kalau mengikut perkiraan, jumlahnya boleh dianggarkan sekitar 5,500 orang sahaja. Dari segi pecahan, Melayu yang hadir sekitar 95 peratus, Cina empat peratus dan India (satu peratus).
Kalau betul rakyat bersama mereka, mana yang lain?
Tak perlu pergi jauh, dapat separuh daripada peserta BERSIH pun sudah cukup. Tapi di mana yang ramai-ramai itu? Dan kalau dah nyata tak ramai tu, cakap saja tak ramai...
Tak perlu nak kencing-kencing!
Adakah ini bermakna rakyat telah menerima keputusan PRU-13 dan penambahbaikan yang dibuat oleh SPR ini? Jawapan itu hanya penganjur dan pembangkan saja yang boleh menjawabnya.
Sasaran menghimpunkan setidak-tidaknya lebih 500,000 dalam program yang disifatkan sebagai kemuncak bantahan terhadap keputusan PRU-13, jauh daripada tercapai.
Penganjur yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata kecewa. Lihat sajalah wajah beliau seperti kurang bersemangat ketika tampil berucap buat seketika sebelum beredar meninggalkan para peserta.
Apakah jerebu yang menjadi punca dan kehambaran sambutan demonstrasi itu, sepertimana alasan yang Anwar berikan? MP hanya senyum saja la, bila mendengar alasan seperti itu. Atau barangkali juga kerana Anwar sendiri masih belum mampu mengeluarkan segala bukti dakwaannya sehingga kini?
Dengan segala yang berlaku. Sesuailah dengan nama perhimpunan ini iaitu BLACK505. Memang tepat.
Ini kerana perhimpunan itu telah telah gagal dari semua segi…GAGAL!!! Paham tak? Wahai kutu-kutu pembangkang?
Baik tema, baik objektif, baik jumlah mereka yang hadir... Semuanya gagal dengan cemerlang. Jadi, yang sudah tu, sudah la. Dah kalah tu, kalah laaa!
Kepada puak-puak pakatan pembangkang... Muzium kan sajalah Himpunan BLACK505 tu. Catatkanlah ia sebagai satu sejarah. Sejarah sebuah perhimpunan yang gelap lagi melegamkan, itu yang pasti!
Kepada rakyat Malaysia, MP ucapkan tahniah kerana memperlihatkan kematangan dengan menolak ekstremisme dan sandiwara politik. Begitu juga kepada pasukan polis yang melaksanakan tugas dengan tenang dan sabar di sebalik segala bentuk provokasi dan penghinaan.
Alhamdulillah, doa dan solat hajat umat Islam sama ada yang dilakukan secara bersendirian mahu pun berjemaah memohon agar negara diselamatkan daripada sebarang perancangan jahat dan kesan buruk perhimpunan itu, dimakbulkan. Alhamdulillah.
Sehebat-hebat manusia membuat percaturan dan muslihat, ia tidak mampu mengatasi ketentuan-Nya. Anwar sepatutnya menginsafi hakikat itu.
0 comments:
Post a Comment