GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PAU13. Show all posts
Showing posts with label PAU13. Show all posts

18 December 2013

Tak Payahlah Nak Politikkan Ekonomi Negara!


Laporan Global Financial Integrity iaitu sebuah NGO luar negara mengenai aliran keluar wang secara haram dari negara ini yang tinggi adalah tidak tepat kerana laporan tersebut telah mengambilkira eksport semula melalui Hong Kong yang tidak dimasukkan di dalam anggaran.

Bank Negara menjelaskan bahawa eksport semula ke Hong Kong adalah terlalu kecil dan dikira tidak signifikan berbanding eksport semula melalui Singapura yang tiga kali ganda jumlahnya.  Malah, sekiranya eksport semula melalui Singapura diambilkira, maka peratusan kedudukan manipulasi penetapan harga akan berkurangan sehingga 70%.

Sekiranya eksport semula diperincikan, maka apa yang dicatatkan sebagai aliran wang keluar haram adalah sebenarnya pindahan perolehan yang tidak direkodkan secara rasmi.

Bagaimanapun, penjelasan Bank Negara Malaysia ini hanya ‘dipersetankan’ oleh pihak pembangkang di Malaysia yang lebih gemar menggembar-gemburkan apa saja yang mampu memburukkan imej kerajaan.  Pembangkang pantas mempolitikkan isu ini bagi menampakkan ketidaktelusan kerajaan.

Seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan kerana Bank Negara bukanlah satu rangkaian politik bagi mana-mana parti.

Bank Negara turut menjelaskan bahawa pengumpulan perangkaan kesilapan dan ketinggalan (E&O) dalam imbangan pembayaran (BoP) cenderung berlaku bagi negara yang mencatatkan jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan pada 162% daripada KDNK seperti Malaysia.

Bagaimanapun, apa yang kita perlu faham ialah tidak keseluruhan anggaran E&O adalah disebabkan oleh aktiviti haram.

Malaysia selama ini sentiasa konsisten dalam memenuhi semua piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.  Malah, E&O dan BoP negara terletak pada 2% dari jumlah dagangan iaitu jauh lebih rendah berbanding tanda aras 5% yang ditetapkan oleh IMF.

Penjelasan ini membuktikan bahawa Bank Negara bertindak professional serta jujur dalam menjelaskan laporan GFI.

Jelas dalam hal ini, GFI hanya melaporkan berdasarkan angka tanpa mengambilkira penjelasan terperinci bagi setiap transaksi. Namun, ia bukan bermakna bahawa isu ini adalah isu politik, sebaliknya hanyalah satu laporan dalam proses biasa pengurusan ekonomi negara.

Justeru, ada baiknya jika pembangkang mencari isu yang lebih konkrit dan matang untuk diketengahkan.  Tidak perlulah bermain atas isu yang bukan pun satu isu.  Apatah lagi isu yang tidak benar dan yang memberi gambaran buruk terhadap negara.

Jadilah pembangkang yang mampu membawa kebaikan dan bukannya pembangkang yang hanya ingin melihat kemusnahan. Jadilah pembangkang yang setia pada negara. Kalau iya pun nak jadi pembangkang!


15 December 2013

'Cybertroopers' Umno perlu ditambah - @Zahid_Hamidi.


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.

Beliau berkata ini antara rombakan yang akan dibuat terhadap modul pengkaderan Umno supaya seiring dengan peredaran zaman.

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini Khamis lalu.

Menurutnya lagi, usaha akan dibuat untuk memperkukuh kumpulan media baharu Umno dari kalangan anggota parti itu dan Barisan Nasional.

"Selama ini kita defensif, bila orang serang baru nak jawab. Tapi dalam perkara ini (pengkaderan), kita tak perlu serang tapi perjelaskan dasar kerajaan dan parti supaya seimbang antara yang hak dan yang batil," jelas Ahmad Zahid.

Ditanya sama ada langkah memperkasa 'cybertroopers' Umno akan membawa kepada pertembungan dengan 'Red Bean Army' yang dikatakan dibelakangi pembangkang, beliau berkata jumlah 'tentera' Umno perlu ditambah untuk terus menguasai khalayak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas menekankan keperluan mengukuhkan pengkaderan parti dengan mendoktrinkan jati diri Umno kepada para anggota agar budaya kepartian berakar umbi dan terpateri dalam sanubari 'orang Umno' bagi memastikan kelangsungan Umno.

Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti. -- BERNAMA

3 December 2013

#PAU2013: lngat harapan Melayu... KLIK baca ni!


Sayap UMNO perlu lebih lantang, berani perjuang parti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan lebih besar, lantang dan berani dalam membawa perjuangan parti serta terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO parti tempat mereka bernaung.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketiga-tiga sayap itu yang merupakan tonggak kekuatan parti, memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

Bagaimanapun, katanya, mereka mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO yang berjuang bukan sahaja untuk parti tetapi demi orang Melayu dan Bumiputera.

"Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka.

"Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil," katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perhimpunan kali ini yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

"Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati," katanya yang juga mahu ketiga-tiga sayap parti itu untuk berusaha menangani kempen membenci UMNO dengan segera.

Lebih penting, menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, ketiga-tiga sayap parti perlu menterjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik.

"Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita," katanya yang menambah UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Beliau berkata sebagai pewaris perjuangan UMNO yang memahami aspirasi golongan muda, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bijak mendekati generasi itu dan mengajak mereka menyertai perjuangan UMNO.

"Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Mereka juga wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda.

"Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat," katanya.

Sementara Pergerakan Wanita sebagai obor perjuangan parti perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita, katanya.

"Kalau Wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting Wanita mampu menyahut apa jua cabaran," kata Muhyiddin yang turut mengiktiraf sumbangan pergerakan itu yang disifatkan sebagai tulang belakang parti. - BERNAMA

ARTIKAL BERKAITAN: KLIK SINI

2 December 2013

#PAU2013: Ambillah kesempatan untuk 'berubah'. KLIK!



Pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU 2013) kali ini, eloklah seluruh anggota UMNO memperbaharui tekad untuk mengukuhkan kekuatan parti, lebih-lebih lagi selepas pemilihan yang lalu.

Sepanjang pemilihan lalu, pasti ada yang tidak berpuas hati atau berkecil hati. Umpama biduk berlalu, kiambang bertaut, tamatkan segala prasangka buruk terhadap sesama anggota parti di pelbagai peringkat. 

Tidak dinafikan banyak cerita tidak enak yang masih berlegar selepas pemilihan. Masing-masing masih menunjukkan keegoan. Sistem pemilihan lalu secara tidak langsung mampu memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap seseorang calon terutama di peringkat bahagian. 

Mereka yang menang tidak menang kesemuanya sokongan yang ada. Maka eloklah yang 'menang tidak ambil semuanya dan yang kalah hilang segalanya'. 

Bawalah pemimpin terutama yang tewas pada jawatan tertentu bersama-sama untuk menyumbang kepada parti. Jangan membiarkan mereka yang sebenarnya masih mempunyai sokongan kuat berada di luar gelanggang. 

Jika pertandingan merebut jawatan sebagai satu pertarungan keluarga, kenapa selepas pemilihan, calon yang tewas langsung tidak diberikan tempat untuk bersama-sama membawa parti ke arah perjuangan yang lebih mantap. 

Tidak dinafikan ada yang seperti takut kedudukan pada masa depan terjejas dan mengambil tindakan 'membunuh' pemimpin yang sebenarnya mempunyai ramai pengikut sama ada di dalam atau di luar parti. 

Pemimpin tidak boleh lagi sekadar membina kekuatan untuk menjaga kedudukan diri sendiri sebaliknya harus sama-sama membina kekuatan parti supaya disenangi pihak ramai termasuk yang di luar parti. 

Cukuplah sengketa yang berlaku dalam parti di semua peringkat.

Renungi semula keputusan pada PRU lalu, adakah kekalahan calon UMNO di sesetengah kawasan disebabkan UMNO lemah, pembangkang kuat atau faktor lain yang menyebabkan sokongan kepada calon berkenaan tidak memberangsangkan. 

UMNO dan kepemimpinan di setiap peringkat perlu berubah untuk melihat kejayaan yang lebih besar pada PRU akan datang. 

Ingatlah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air lebih besar dan penting daripada perjuangan peribadi atau kumpulan tertentu. 

Kepada seluruh perwakilan,serta pemerhati yang akan berkampung di PWTC, diucapkan selamat bersidang. 

Anda semua bertanggungjawab untuk menentukan sejauh mana keupayaan UMNO pada PRU akan datang.

ARTIKAL BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH:
Aku sayangkan UMNO!


29 November 2013

#PAU2013 : Bermulanya perhimpunan terbesar orang Melayu. KLIK baca ni!


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 yang akan berlangsung dari 2 Disember hingga 7 Disember ini akan dihadiri 5,726 orang perwakilan dari seluruh negara.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini semalam berkata, dari jumlah itu, 2,759 orang adalah Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

"Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing akan dihadiri 989 orang perwakilan," kata Tengku Adnan.

Jelas beliau sebanyak 118 agensi media termasuk 16 agensi berita asing menghantar 1,724 orang wartawan untuk membuat liputan pada perhimpunan terbesar orang Melayu itu.

Selain itu, 80 orang Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dari 73 Kelab Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara turut menghadiri perhimpunan tersebut

Manakala seramai 101 delegasi mewakili 32 parti dari 24 buah negara di peringkat antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.

Sementara itu, Tengku Adnan juga menjangkakan selain mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), perwakilan dijangka akan membahaskan isu pemilihan parti yang berlangsung pada November lepas.

"Walaupun pemilihan parti dijalankan secara demokratik namun ada yang beranggapan ia dilakukan terlalu bebas oleh sesiapa sahaja tanpa peraturan.

"Ahli UMNO juga mahukan agar mereka yang bertanding jawatan parti adalah terdiri daripada individu yang sayang serta memahami parti bukan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding," kata Tengku Adnan.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN ONLINE

MP: MaelPengerang juga akan menyiarkan laporan terkini PAU2013 untuk pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana terus sentiasa bersama MP. 

21 October 2013

PEMILIHAN AMT UMNO 2013: Jangan dah menang, buat bodoh pulak! KLIK baca ni!


Pemilihan saf kepemimpinan tertinggi UMNO Pusat untuk 2013-2016 sudah diumumkan.

Jawatan Naib Presiden UMNO kekal dalam genggaman penyandangnya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan masing-masing bagi penggal kedua.

Keputusan pemilihan kali ini menjadi gambaran sebenar pilihan pimpinan yang dimahukan oleh akar umbi.

Bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO, selain berlatar belakang memegang jawatan dalam Kabinet, kerajaan negeri dan pernah memegang jawatan utama dalam UMNO Pusat atau sayapnya, faktor wakil negeri juga diambil kira.

Nampaknya daripada 25 MT UMNO yang dipilih oleh 146,000 perwakilan, Perlis mendapat seorang MT, Kedah (3), Pulau Pinang (1), Perak (2), Selangor (1), Negeri Sembilan (2), Melaka (1), Johor (5), Pahang (2), Terengganu (2), Kelantan (2) dan Sabah (3).

Lazimnya negeri yang tiada wakilnya terpilih, akan mendapat peluang melalui kuota kerusi tambahan oleh Presiden UMNO. Daripada kuota tambahan itu pula, mungkin separuh untuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang tidak bertanding kali ini, jadi tinggal beberapa sahaja menunggu peluang untuk diisi dalam MT.

Berdasarkan pengumuman rasmi keputusan MT UMNO petang semalam, daripada 17 penyandang jawatan berjaya mempertahankannya. Ini termasuklah enam berjawatan menteri, dua menteri baharu, tiga timbalan menteri, dua Menteri Besar, lima MT lama. Anggota MT yang baharu ialah dua timbalan menteri dan lima calon baharu.

Tidak salah jika dikatakan perwakilan bahagian masih memberi kepercayaan kepada orang lama dalam saf MT UMNO. Barangkali juga, mereka yang masuk bertanding tidak ramai yang berwibawa jadi mereka sukar menandingi populariti penyandang.

Bukan suatu yang baharu apabila banyak pihak melihat kempen bergerak yang dijalankan tidak memberi peluang sama rata kepada calon baharu. Dengan kelebihan calon yang memimpin kementerian atau syarikat berkaitan kerajaan, maka dapatlah calon berkenaan menggunakannya untuk dimuatkan gerak kerja dan wajah mereka di dalam media. Calon lain terpaksa berdepan larangan itu dan ini kerana takut menyalahi tata etika pemilihan.

Apa pun, bukan lagi 2,500 orang tetapi 146,500 perwakilan telah memilih anggota MT UMNO. Pemimpin yang itu juga yang dipilih maka suka atau tidak, semua 3.4 ahli UMNO kena terima.

Pedulikan orang luar UMNO mahu kata apa! Ini parti UMNO, itulah cara mereka pilih pemimpin. Namun, ada yang cemburu menganggap - tidak ada guna juga jika menang dalam pemilihan UMNO tetapi tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tetapi jika dinilai anggota MT sekarang, mereka adalah pemimpin yang menang PRU-13. Memang sukar memenuhi tuntutan suara rakyat. Sebab itu ada segelintir rakyat yang melihat pemilihan kali ini tidak menunjukkan UMNO bersedia untuk berubah. Berdasarkan keputusan Naib Presiden termasuk Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO seolah-olah parti itu tidak bertindak balas terhadap kehendak semasa.

Hakikatnya 25 Ahli MT yang terpilih Sabtu lalu sudah dinilai oleh para perwakilan berdasarkan kemampuan masing-masing untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan tanah air.

Kepada mereka diletakkan harapan untuk membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara. Tunjukkan bahawa mereka sedia membantu Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dalam menggerakkan jentera politik UMNO yang masih gagal mendapat majoriti 2/3 di Parlimen sejak 2008.

Kita berharap mereka tahu apa yang patut dilakukan dalam kira-kira empat tahun akan datang ini.

Pesanan MP: Jangan dah menang tu, buat bodoh pulak!
ARTIKAL TERDAHULU KLIK SINI


MT UMNO: Hanya Azalina dan Rosnah yang diangkat perwakilan... KLIK baca ni!

Azalina berjaya menduduki tempat ke-19 diantara 25 calon MT terpilih.
Dua dari lapan wakil kaum wanita yang dicalonkan bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mendapat kepercayaan perwakilan untuk berada dalam senarai 25 barisan kepimpinan baharu kali ini.

Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin, Datuk Seri Azalina Othman Said yang kedua-duanya dari sayap Puteri serta enam calon yang dicadangkan Wanita untuk bertanding jawatan MT iaitu Datuk Dr. Norraesah Mohamad, Raja Ropiaah Raja Abdullah, Dato Maznah Hamid, Halimah Sadiq, Dato Hamidah Osman dan Dato Rosni Zahari

Keputusan rasmi yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali pada petang Ahad menyaksikan hanya dua wakil kaum iaitu bekas Ketua Puteri, Azalina Othman dan Rosnah Rashid Shirlin yang berjaya tersenarai dalam MT UMNO.

Rosnah berjaya menduduki tempat ke-15 diantara 25 calon MT terpilih.

Rosnah dan Azalina masing-masing meraih undi 146 undi dan 119 undi. Tiada satu pun dari enam calon yang dicadangkan Wanita dan Shahrizat yang terpilih.

Nampak tak?
Timbullah tanda tanya, mengapa hanya dua calon ini yang di angkat dan apakah hanya calon dan Puteri UMNO saja yang dilihat masih relevan oleh para perwakilan?

Adakah calon dan Wanita UMNO tidak sekuat mana seperti apa yang Shahrizat gembar-gemburkan?

Melihat dari keputusan pemilihan kali ini...

Terbukti pentingnya pemimpin muda diberi tempat dan keutamaan. Dah tiba masa dan ada baiknya exco dalam Wanita ujudkan kouta sekurang-kurangnya, 50% Wanita dan 50% ex Puteri. Terutama dalam exco dan jawatankuasa dalam Wanita bahagian.

MP berpendapat, dengan cara demikian... Pasti kaum wanita akan lebih mendapat tempat dalam membawa suara-suara serta pendapat akar umbi.

Kalaulah begini transformasi yang dicipta. Ternyata transformasi Datuk Shahrizat gagal diterima perwakilan.

Bak kata orang, janganlah tamak sangat... Heee!!!

Berikut adalah keputusan rasmi calon-calon yang dipilih untuk jawatan 25 kerusi Majlis Tertinggi UMNO dan jumlah undi diperolehi... KLIK SINI

20 October 2013

KEPUTUSAN RASMI UMNO PENGERANG: Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi pilihan!


DS Azalina.
Datuk Seri Azalina menang bergaya mendahului jauh di depan berbanding tiga calon lain dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian UMNO Pengerang, hari ini.

Keputusan rasmi, DS Azalina di depan dengan 173 undi, diikuti Datuk Hj. Harun Abdullah dengan 55 undi, Hj. Mohamed B. Long sebanyak 46 undi dan Abd. Jalil Abd. Kahar 14 undi.


Bagi pemilihan jawatan Naib Presidan UMNO, jumlah undian perwakilan Pengerang adalah seperti berikut:

01: ZH   - Undi : 268
02: H20 - Undi : 151
03: SA  - Undi : 193
04: ISA - Undi : 100
05: MM - Undi : 102
06: ALI - Undi : 20
UNDI ROSAK : 42

MP: Sama-sama kita doakan semoga DS Azalina Othman Said berjaya kekal tersenarai antara 25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 
yang dipilih.


DS Azalina berada di kedudukan tempat ke 18 pada jam 8:50 malam.

Artikal terdahulu KLIK:
http://maelpengerang.blogspot.com/2013/10/pemilihan-umno-bahagian-pengerang-2013.html


19 October 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN N.PRESIDEN & AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013

TERKINI
( Jam 8:00 mlm )




KEPUTUSAN PEMILIHAN UMNO
BAHAGIAN PENGERANG
(Klik link dibawah)

PEMILIHAN UMNO BAHAGIAN PENGERANG 2013: DS Azalina menang!



UMNO Bahagian Pengerang menyaksikan seramai 295 perwakilan hadir menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bertempat di Lotus Desaru.

Pemilihan Umno Bahagian Pengerang berhadapan dengan pertandingan empat penjuru apabila penyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Datuk Seri Azalina dicabar oleh penyandang Timbalan Ketua Umno Bahagian Datuk Hj. Harun Abdullah, Abdul Jalil Abdul Kahar dan Hj. Mohamed B. Long.

Persidangan perwakilan berjalan dalam keadaan tenang dan telah ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina mengatasi jumlah undi daripada calon-calon lain yang bertanding, ketika ini.

Keputusan rasmi dijangka akan diumum sebentar lagi.. MP akan kemaskini maklumat dan keputusan dari masa ke semasa.
Tungguuu!

18 October 2013

SIRI 3: PANASSS!!! Calon Ketua Bahagian Ampang tidak layak bertanding? KLIK saksi video!

Ikuti pengakuan eksklusif dari mulut Mohd Isa Mohd Saidi, calon Ketua Bahagian UMNO Ampang berikutan beliau di katakan tidak layak bertanding dalam Pemilihan UMNO 2013 kali ini.

Kad Keahlian UMNO Mohd Isa Mohd Saidi

Kad Keahlian UMNO (Seumur Hidup) Mohd Isa Mohd Saidi
Saksikan video pengakuan Mohd Isa Mohd Saidi 
Calon Ketua Bahagian UMNO Ampang
KLIK dibawah:



PEMILIHAN UMNO 2013: Tukar!!! Ketua Bahagian Shah Alam 'Khianat' Melayu!


Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar pemimpin agar melepaskan jawatan sebagai satu tindakan yang membuang masa. Kononnya juga, ia sekadar bertujuan memburukkan nama pemimpin semata-mata.

Namun, apalah gunanya untuk kita pertahankan seseorang pemimpin yang hanya pandai berkata-kata tentang perjuangan membela nasib bangsa tetapi sebaliknya hanyalah sandiwara semata-mata. Kepercayaan yang diberikan akar umbi sekian selama sanggup di khianati.

Bak kata peribahasa Melayu, 'Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru'. Bermaksud sesuatu kejahatan yang besar takkan boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.


Itu lah yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Dato' Ahmad Nawawi M.Zin yang juga lagi berhajat mengekalkan kedudukan dirinya menyandang jawatan Ketua Bahagian pada Pemilihan UMNO 19 Oktober ini.   

Difahamkan Nawawi telah bertindak mengenepikan nasib penduduk Melayu dikawasannya dan hanya mengutamakan kroninya seorang tauke berbangsa Cina dengan menyerahkan projek bernilai puluhan jutaan ringgit bagi memastikan survival politik peribadi dan kelangsungan kewangannya tidak digugat.

KL INTERNATIONAL AIRPORT, SEPANG, SELANGOR.WORKS PACKAGE : AF06A-DESIGN,CONSTRUCTION, COMPLETION,TESTING AND COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF AIR TRAFFIC CONTROL TOWER

Segala projek-projek seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Sungai Rasah serta pelbagai lagi kontrak yang telah diberikan kerajaan Pusat melalui Unit Penyelaras Pelaksanaan (ICU) Selangor habis diberikan kepada tauke Cina, bernama Boon Heng Chong, pengarah urusan Generasi Nirwana Sdn Bhd, disamping menambah kekayaan dirinya sendiri.


Selama ini warga Shah Alam nyata dikhianati bulat-bulat apabila Nawawi selain menggunakan kedudukannya untuk memastikan kesemua adik-beradik dan kroninya bertambah kaya.

BUKIT GAMBIR INTERCHANGE AND TOLL PLAZA

Hinggakan nasib Pemuda UMNO Shah Alam yang bersusah payah lakukan demostrasi dalam isu tol Sungai Rasah juga bulat-bulat ditipu Nawawi apabila akhirnya Nawawi menerima keuntungannya setelah dipanggil oleh PLUS dan diberikan projek bernilai puluhan jutaan ringgit. Sekali lagi, projek itu diberikan kepada sahabat baiknya, Chong

Gambar Chong bersama adik Nawawi, Suhaila M.Zain

Begitulah nasib akar umbi UMNO Shah Alam, yang sentiasa di tipu kaw-kaw!

Segala hasil projek yang beliau miliki, ditelan demi menambah aset sendiri tanpa mempedulikan nasib akar umbi UMNO di Shah Alam. Sehingga dalam Pilihanraya Umum lalu, apabila akar umbi meminta pendahuluan dana pilihanraya, pelbagai alasan diberikan oleh Nawawi. 

Apalah nasib ahli UMNO Shah Alam ditipu bulat-bulat oleh orang yang kononya sibuk melaungkan perjuangan membela nasib bangsa? 

Ini kerja gila namanya! Boleh sanggup menipu bangsa serta penyokong sendiri yang selama ini beri kepercayaan. Apa cerrr???

Kepada penduduk kuhususnya perwakilan UMNO Shah Alam.... Nah, esok sampai sudah masanya UMNO mengadakan pemilihan bagi membentuk pemimpin yang baru. 

Jangan di fikirkan lagi, usah di pandang lagi! Pilihlah yang baru! Tolak, Dato' Ahmad Nawawi M.Zin!!!

Sumber: http://b2bspa.blogspot.com/2013/10/dato-nawawi-yang-lebih-pentingkan-cina.html

17 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013: Silap pilih calon, jangan harap PRU-14 menang! #Azalina@MT


Memetik kenyataan bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menunjukkan beliau mahu setiap perwakilan memilih calon yang boleh memenangi PRU ke 14 akan datang!

Kenyataan ini memberi gambaran tepat dimana, YB Datuk Seri Azalina adalah antara calon pilihan yang dimaksudkkan oleh Tun M.

Bukan sekadar itu... Harus diingat juga bahawa DS Azalina merupakan antara calon yang bergelar "wakil rakyat' (YB) yang sudah pasti akan membawa kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

"Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)" kata Tun M.



Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan perwakilan supaya bijak membuat keputusan sebagai pemilih pada setiap calon yang bertanding.

“Ingat, ini bukan pemilihan di dalam UMNO saja. Kesan baik atau tidak (pada pemilihan ini) hanya akan dapat dilihat pada PRU-14 nanti.

“Kalau perwakilan pilih calon yang tak baik dan tidak sesuai, jangan harap PRU-14 kita akan menang,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas melawat Tapak Pembinaan Terowong dan Kerja Bawah Tanah Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Stesen Cochrane, kelmarin.


Justeru itu... Kita wajib memilih dan meletakkan DS Azalina untuk sebaris duduk di kerusi Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali ini. Ia adalah satu-satunya calon yang terbukti diterima oleh rakyat.

Selama tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pengerang, beliau telah membuktikan bahawa calon BN ini (PRU13) diterima baik oleh rakyat dengan dua kali menang tanpa bertanding (2004 & 2008) dan satu kemenangan dengan majoriti amat besar pada PRU13 yang lalu.


Didalam Majlis Parlimen pula, beliau turut diberi kepercayaan mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 ini.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang juga ada pada DS Azalina.


Jika menyusur perjuangan dan pencapaian beliau di dalam politik,  ternyata DS Azalina antara calon yang menepati kata-kata Tun Mahathir.

Akhir kata selamat bersidang kepada semua Perwakilan, buat pilihan yang tepat. Harus di ingat, undi anda juga penentu kemenangan di PRU-14 nanti.



SIRI 2: PANASSS!!! Calon Ketua Bahagian UMNO Ampang di katakan pengkhianat UMNO... KLIK,

MISI & VISI Mohd Isa Mohd Saidi, calon yang yang di katakan pengkhianat parti UMNO dalam masa yang sama menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Ampang pada pemilihan agung UMNO Tahun 2013 kali ini.

Kalau begini lah misi dan visi beliau, benarkah beliau pengkhianat seperti yang disebarkan oleh beberapa pihak termasuk blog Apa Aku Peduli @ Apa

Pendedahan demi pendedahan akan kami siarkan selepas ini dan kenyataan eksklusif dari mulut beliau sendiri akan kami siarkan dalam siri selanjutnya selepas ini. Tungguuu!

Artikal terdahulu (KLIK) : 
SIRI 1 : PANASSS!!! Kebenaran @ Fitnah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Ampang? @NajibRazak @tengkuadnanreal

Misi dan visi Mohd Isa seperti di bawah:














16 October 2013

SIRI 1 : PANASSS!!! Kebenaran @ Fitnah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Ampang? @NajibRazak @tengkuadnanreal


Mohd Isa Mohd Saidi (gambar atas). Beliau merupakan antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Ampang pada pemilihan agung UMNO Tahun 2013 kali ini.

Dalam amalan demokrasi yang di amalkan oleh UMNO, tiada salah bagi sesiapa pun yang ingin menawarkan diri bagi merebut sebarang jawatan asalkan menepati syarat yang ditetapkan.

Walaupun begitu, dalam kes bagi Mohd Isa ini telah timbul beberapa persoalan dan kemusyikilan yang menyentuh kelayakkan beliau sebagai calon untuk bertanding di pentas Pemilihan UMNO 2013, kali ini.

Tidak cukup dengan itu, ketika ini beliau sedang berdepan dengan kritikan-kritikan panas seperti yang tersebar melalui sebuah blog Aku Peduli Apa @ APA.

Adakah itu sebenarnya kisah beliau atau semuanya itu fitnah semata-mata dari pihak tertentu yang rasa dirinya tercabar?

Sama-sama kita ikuti pengakuan eksklusif dari mulut beliau sendiri dalam siri selanjutnya di sini nanti... Tungguuu!!!


13 October 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN UMNO 2013: Pemenang digelar 'LEMBU, KINZIR & TAPIR'...?


Walaupun keputusan rasmi dijangka hanya akan diumumkan oleh ibu pejabat UMNO sekitar 3 pagi ini, namun ketiga-tiga ketua sayap UMNO telah pun meraikan kemenangan dengan masing-masing menjulang tangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ini berikutan, laporan daripada bahagian-bahagian menunjukkan ketiga-tiga calon memperoleh kemenangan besar iaitu melebihi jumlah sebahagian daripada 191 bahagian yang bersidang dan melakukan pemilihan.

Namun, dalam pada belum sempat lagi UMNO mengumumkan keputusan rasmi kepada umum... 

Dengan kemenangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khari Jamaluddin Abu Bakar serta Mas Ermieyati Samsudin yang di pilih melalui proses pemilihan yang lebih terbuka dengan keputusan yang dibentuk oleh hampir suku juta perwakilan.... 

Malangnya, dengan selamba kepada mereka yang menang digelar 'lembu, kinzir dan tapir' dan pengundi pula di gelar sebagai 'anjing' oleh kuncu musibat pembangkang dibawah ini... Saksikan!


MP: Huhhh..! Mamat ni punya mulut, memang betul2 haramjadah punya orang!
ARTIKAL BERKAITAN Sila KLIK DISINI.

12 October 2013

PEMILIHAN SAYAP UMNO 2013: Terkini, Shahrizat, KJ dan Emieyati menang... KLIK baca ni!


Keputusan tidak rasmi menunjukkan dua penyandang jawatan dan seorang muka baru menang dalam pemilihan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan jawatan Ketua Wanita manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan jawatan Ketua Pemuda bagi penggal kedua.

Manakala muka baharu, Mas Ermieyati Samsudin menang bagi jawatan Ketua Puteri UMNO.

Ketiga-tiga calon itu dijangka mengadakan sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada bila-bila masa. - UTUSAN ONLINE

KLIK & saksikan keputusan terkini :


KALIMAH ALLAH: Adakah keputusan memihak kepada umat Islam 14 Okt. ini... KLIK!


Dalam kerancakan ahli-ahli UMNO memilih barisan kepimpinan baharu untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, jangan dilupakan peristiwa penting yang akan dilakar pada Isnin ini.

Keputusan penting yang kita tunggu-tunggu tentang kes penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Katolik, The Herald akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober ini.

Keputusan kes ini diharap memihak kepada umat Islam supaya ia tidak dijadikan kes rujukan untuk tuntutan-tuntutan lain yang bersangkutan dengan agama Islam selepas ini. 

Malah diminta dijauhkan Allah juga daripada niat pihak tertentu untuk menggugat dan mencabar perkara berkaitan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan lain-lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Barangkali 'keberanian' untuk mencabar Perlembagaan ini bermula pada Disember 2009, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akhbar The Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" sebagai merujuk kepada "God" dalam akhbar itu versi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pusat bagaimanapun merayu keputusan tersebut. Sensitiviti umat Islam dan martabat Islam dalam Perlembagaan wajib diambil kira.

Dalam Perlembagaan, Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut tetapi nampaknya sekarang agama lain pula yang berlebih-lebih minta diberi hak yang sama.

Dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid Kuala Lumpur semalam, khatib menyatakan percubaan menggunakan kalimah Allah di dalam kitab selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan dalam akidah atau kepercayaan umat Islam. Islam menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).

Kedudukan agama dan umat Islam pada hari ini diancam dari segenap penjuru sama ada dari segi sosial, syariah dan akidah. 

Mereka melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga memberi pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan kalimah Allah. Lebih mendukacitakan mereka sanggup mempertikaikannya sehingga membawa isu ini ke mahkamah.

Jika kalimah Allah dibenarkan, ada segelintir penganut Kristian mungkin bertanya; kenapa umat Islam perlu keliru? Kenapa orang Islam hendak baca Bible? Kenapa pula umat Islam hendak pergi gereja ketika orang Kristian sembahyang?

Ada juga yang ekstrem, menyatakan penganut Kristian tidak perlu kebenaran sesiapa untuk menggunakan perkataan "Allah", apatah lagi daripada orang yang 'bukan pemilik' perkataan Allah.

Sememangnya umat Islam bantah dan marah terhadap kenyataan seumpama ini. Kerana, apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam akhbar tersebut atau Bible versi bahasa Melayu, tindakan itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.

Lebih membimbangkan ialah agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? 

Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?

Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.

Semoga keputusan Mahkamah Rayuan Isnin ini menamatkan kebimbangan umat Islam Malaysia. - © Utusan Melayu (M) Bhd

MP- Kepada sapa-sapa dri Penang dan kawasan sewaktu dengannya nak turun ke mahkamah. Persatuan Muka buku Penang menyediakan 10 bas dan akan bertolak malam 13 Oktober 2013...Utk pertanyaan sila call 0174058786 - Farhan untuk bersama-sama turun dengan PMBPP

11 October 2013

SIRI 2: PENDEDAHAN EKSKLUSIF! Pemilihan calon Pemuda Permatang Pauh dalam bahaya?? KLIK baca ni!


SIRI 2: SIAPA ABU BAKAR SIDEKH??

Abu Bakar Sidekh atau Ben dikatakan datang menjadi ahli UMNO Pmtg Pauh pada tahun 2007. Pada tahun 2008, beliau buat pertama kalinya bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh dan menang.

Sebaik sahaja menang, beliau dikatakan tidak menunggu lama apabila terus memberi ‘hint’ kepada Ketua Pemuda pada masa ini iaitu Cikgu Zaidi Mohd Said bahawa beliau berminat untuk menggantikan tempat Cikgu Zaidi pada pemilihan akan datang kerana penggal ini merupakan penggal terakhir bagi Cikgu Zaidi atas faktor usia.

Walaubagaimanapun, akibat pelbagai perubahan yang berlaku, pemilihan agung UMNO yang sepatutnya hanya 3 tahun sekali dan patut diadakan pada tahun 2011 telah di anjak sehingga ke tahun 2013.

Ben yang memang bercita-cita akan jawatan tersebut, mula merancang dari awal dengan memasukkan beberapa nama ahli baru ke dalam beberapa cawangan yang diketahui sukar bagi beliau.

Kerja ini mudah bagi beliau dengan faktor kewangan yang kukuh di samping mempunyai ramai kenalan di UMNO Pusat yang sering disogokkan duit oleh beliau.

Kerja ke arah PRU13 langsung tidak diambil berat melainkan fokus utama beliau dan pasukan bawahan beliau (yang sering menagih duit kepada beliau) adalah memastikan mereka menang dalam pemilihan UMNO yang datang.

Apabila tiba musim PRU13, sepanjang kempen PRU beliau hanya mahu berjumpa ketua-ketua pemuda cawangan sahaja dan berbaik dengan mereka. Bantuan kepada calon-calon yang bertanding tidak dipedulikan malah mereka dikatakan mengugut calon-calon PRU13 bahawa jika tidak memberi dana kepada mereka, Pemuda UMNO Bahagian tidak akan membuat kerja.

Kenapa beliau sangat bercita-cita merebut jawatan Ketua Pemuda?

Ben merupakan seorang ahli perniagaan dan sering membantu ayahnya iaitu Pak Non dalam pengurusan syarikat. Akibat saingan yang semakin mencabar dalam perniagaan di samping sudah tidak mempunyai ‘kabel’ lg, Pak Non dikatakan mengarahkan Ben untuk merebut jawatan penting di dalam UMNO bagi memastikan urusan perniagaan mereka berjalan lancar. Ben hanya dilihat menjadi bahan kajian oleh Pak Non.

Malah Ben yang merupakan seorang yang berpewatakan lembut(kadang-kadang bergaya macam gay) dikatakan mudah dikawal.

Malah Ketua Pemuda ketika ini iaitu Cikgu Zaidi yang akan bertanding jawatan Ketua Bahagian dikatakan amat menyenangi jika Ben yang menggantikan beliau sebagai Ketua Pemuda kerana Ben ini dikatakan senang dengar cakap dan pasti tidak akan membantah sebarang keputusan beliau. Ini jelas ketara, apabila Ben secarang terang-terangan apabila ditanya pasti akan berkata beliau tidak berani membuat sebarang keputusan tanpa persetujuan Cikgu Zaidi.

Ben kini menggunakan sepenuhnya kuasa duit yang ada pada beliau untuk ‘melalikan’ ketua-ketua Pemuda UMNO cawangan-cawangan di Permatang Pauh yang dikatakan pasti tidak akan nampak wadah perjuangan akibat desakan hidup dan dijanjikan bulan & bintang oleh Ben jika beliau menang.

Malah dengan faktor kekayaan yang beliau ada disamping mendapat sokongan penuh Cikgu Zaidi (yang super kaya juga), pasti akan membuatkan ketua-ketua pemuda cawangan ‘gelong’!

Dengan keadaan anak-anak muda yang semakin berani dan lantang bersuara, mampukah Ben mengawal mereka semua ini?

Mampukah Ben yang lembut dan takut serta tidak mampu membuat keputusan sendiri dapat mempengaruhi golongan-golongan anak muda yang tidak berparti untuk menyokong perjuangan dan wadah UMNO demi memartabatkan Agama,Bangsa & Tanah Air?

Teruskan bersama MP utuk pendedahan dalam siri-siri selanjutnya sebentar lagi.....


Artikal terdahulu KLIK: SIRI 1: SIAPA ABU BAKAR SIDEKH??


PEMILIHAN UMNO 2013: Pilih yang 'BIJAK, BERANI, BENAR'


PETANG semalam, saya diajukan dengan 'chai' calon-calon yang akan bertanding pemilihan Pemuda, Puteri dan Wanita esok.

'Chai' adalah senarai calon yang diingini oleh pihak tertentu untuk 'disogokkan' kepada ribuan perwakilan mengundi.

Senarai ini diharapkan, kalau tidak semua, dapat menduduki 20 kerusi barisan Exco tiga sayap parti ini.

Di sebalik 'chai' yang tertera di atas sekeping kertas kecil, saya ingin menarik perhatian kepada perwakilan yang akan mengundi esok betapa mereka perlu meletakkan individu-individu 'yang betul' dalam saf Pemuda, Wanita dan Puteri. Pastikan mereka ini yang benar-benar mahu berjuang untuk UMNO. Jadi sebenar-benarnya orang UMNO.

Saf Exco yang bakal diketengahkan nanti mestilah yang berkeupayaan memahami gelombang era Internet dan laman sosial yang kian menuntut kualiti pemikiran kehidupan sekarang. Barisan Exco tiga sayap ini harus mendalami kehendak-kehendak orang Melayu, limpahan anak muda yang semakin meningkat dalam senarai daftar pengundi dan kepentingan keharmonian kehidupan semua kaum.

Perjuangan yang akhirnya sudah tentu untuk terus memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam majoriti tercantik perlu dimulakan dari sekarang.

UMNO memerlukan pemikiran pejuang mudanya yang strategis, yang tidak lagi berjuang cara lama. Buangkanlah taktik dan strategi tidak praktikal untuk menambat hati pengundi. Buanglah elemen sebegini seperti mana yang sempat saya temui dalam catatan sebuah blog:

"Teringat ketika di Felda Chemplak Barat, pada satu malam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Tenang yang lalu. Malam itu seorang pemimpin kanan DAP dijadualkan berucap di kubu kuat UMNO.

"Di seberang lorong tempat pemimpin DAP itu dijadualkan berceramah, berdiri sekumpulan tidak lebih 12 orang Pemuda UMNO dengan lengkap beruniform Pemuda UMNO dan Pemuda BN. Mereka ke situ bukan untuk mendengar ceramah pemimpin DAP terbabit tetapi untuk menzahirkan protes mereka terhadap kedatangannya ke kawasan Melayu.

"Beberapa ketika sebelum pemimpin DAP itu tiba, beberapa ketua mereka dilihat sedang berunding dengan pihak polis yang melingkungi mereka. Tindakan polis melingkungi bukanlah bagi menghalang mereka mara ke hadapan sebaliknya bagi menjaga keselamatan mereka. Bahkan jika polis tidak berbuat demikian, dipercayai mereka akan lari lintang-pukang bila melihat sekumpulan tidak lebih 30 orang berkopiah merenung mereka.

"Penceramah akhirnya tiba dan ketika berada bersama sedozen pemuda UMNO itu, masih boleh mendengar dengan lantang dan lancar ceramah pemimpin DAP itu. Bagaimana dengan suara protes sedozen Pemuda UMNO itu? Bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan berakhir dengan zikir dan selawat, mereka tidak membawa sebarang impak melainkan hanya untuk diri mereka sahaja.

"Akhirnya pemimpin DAP itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir sama di dalam ceramahnya."

Cuma yang hairannya mengapa sedozen Pemuda itu memakai uniform UMNO/BN dan mengapa mereka tidak berpakaian seperti penduduk Felda dan berdiri bersama orang ramai. Adalah lebih berkesan jika pemimpin DAP itu melihat penentangan terhadapnya datang dari orang-orang Felda.

Esoknya, seorang penduduk ahli UMNO kawasan itu mengajak kesemua pemuda tadi menyertainya untuk mendengar ceramah pimpinan Pas di Tenang Station. Syarat yang diletakkan ialah mereka mesti berdiri di saf paling hadapan dan memakai baju biasa.

Dan apabila mendengar tuduhan yang tidak benar dilemparkan oleh penceramah, angkat tangan dan dengan sopan memohon penjelasan atau membetulkannya.

UMNO mencari 'harimau' dalam saf sayapnya.
Senang cerita calon yang 'Bijak, Berani, Benar'

Jangan tesalah pilih seperti calon dalam artikal ini.. KLIK SINI

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.