Sepanjang pemilihan lalu, pasti ada yang tidak berpuas hati atau berkecil hati. Umpama biduk berlalu, kiambang bertaut, tamatkan segala prasangka buruk terhadap sesama anggota parti di pelbagai peringkat.
Tidak dinafikan banyak cerita tidak enak yang masih berlegar selepas pemilihan. Masing-masing masih menunjukkan keegoan. Sistem pemilihan lalu secara tidak langsung mampu memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap seseorang calon terutama di peringkat bahagian.
Mereka yang menang tidak menang kesemuanya sokongan yang ada. Maka eloklah yang 'menang tidak ambil semuanya dan yang kalah hilang segalanya'.
Bawalah pemimpin terutama yang tewas pada jawatan tertentu bersama-sama untuk menyumbang kepada parti. Jangan membiarkan mereka yang sebenarnya masih mempunyai sokongan kuat berada di luar gelanggang.
Jika pertandingan merebut jawatan sebagai satu pertarungan keluarga, kenapa selepas pemilihan, calon yang tewas langsung tidak diberikan tempat untuk bersama-sama membawa parti ke arah perjuangan yang lebih mantap.
Tidak dinafikan ada yang seperti takut kedudukan pada masa depan terjejas dan mengambil tindakan 'membunuh' pemimpin yang sebenarnya mempunyai ramai pengikut sama ada di dalam atau di luar parti.
Pemimpin tidak boleh lagi sekadar membina kekuatan untuk menjaga kedudukan diri sendiri sebaliknya harus sama-sama membina kekuatan parti supaya disenangi pihak ramai termasuk yang di luar parti.
Cukuplah sengketa yang berlaku dalam parti di semua peringkat.
Renungi semula keputusan pada PRU lalu, adakah kekalahan calon UMNO di sesetengah kawasan disebabkan UMNO lemah, pembangkang kuat atau faktor lain yang menyebabkan sokongan kepada calon berkenaan tidak memberangsangkan.
Renungi semula keputusan pada PRU lalu, adakah kekalahan calon UMNO di sesetengah kawasan disebabkan UMNO lemah, pembangkang kuat atau faktor lain yang menyebabkan sokongan kepada calon berkenaan tidak memberangsangkan.
UMNO dan kepemimpinan di setiap peringkat perlu berubah untuk melihat kejayaan yang lebih besar pada PRU akan datang.
Ingatlah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air lebih besar dan penting daripada perjuangan peribadi atau kumpulan tertentu.
Kepada seluruh perwakilan,serta pemerhati yang akan berkampung di PWTC, diucapkan selamat bersidang.
Anda semua bertanggungjawab untuk menentukan sejauh mana keupayaan UMNO pada PRU akan datang.
ARTIKAL BERKAITAN KLIK TAJUK DIBAWAH:
Aku sayangkan UMNO!
0 comments:
Post a Comment