Sedang kerajaan transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengorak langkah meningkatkan kemajuan ekonomi negara dan pembangunan insani, pembangkang pula semakin terkebelakang dalam pemikiran mereka.
Pemimpin puak pembangkang, Anwar Ibrahimn sudah kering modal untuk meraih sokongan rakyat kecuali dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara.
Contohnya, baru-baru mererka menganjurkan demontrasi untuk membantah cadangan kenaikan cukai pintu yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada kenyataan dan sebaran media pembangkang yang mengajak rakyat untuk berhimpun di depan bangunan DBKL di Jalan Raja Laut, bunyinya tersangatlah hebat hendak mengumpulkan 100,000 orang.
Mungkin ia tidak lebih daripada indah khabar daripada rupa, demonstrasi yang diwar-warkan hanya menarik jumlah yang ciput minat lebih kurang 500 sahaja.
Itu pun kalau di tolak orang yang lalu lalang dan juga pemerhati, mungkin tinggal separuh sahaja atau 250 orang yang terjerit-jerit membantah pada satu cadangan yang belum pun ketika itu dimuktamadkan.
Walaupun ini adalah satu contoh kecil, tetapi signifikannya ialah satu trend yang menunjukkan pembangkang sebenarnya sudah mula hilang taring dan daya tarikan.
Setelah orang Cina dan penyokong-penyokong pembangkang ditipu oleh Anwar untuk merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, momentum parti pembangkang cuba mengeksplotasi beberapa isu pasca pilihan raya nampaknya sudah layu serta tidak bermaya.
Beberapa isu ini selain kenaikan cukai pintu DBKL termasuklah kadar tarik baru elektrik, pengurangan subsidi petrol, penghapusan subsidi 34 sen bagi gula, GST, kadar baru tol lebuhraya malah isu banjir juga mahu dipolitikkan.
Kerajaan sudahpun memberi penjelasan yang cukup telus dan rasional di setiap langkah untuk memperkukuhkan fondasi ekonomi negara melalui program transformasi ekonomi.
Rakyat secara keseluruhannya juga faham dan mengerti asas kenapa kerajaan berbuat demikian.
Ini kerana walaupun tindakan kerajaan dalam usaha pemantapan ekonomi tidak boleh lari daripada kesan terhadap golongan rakyat ang berpendapatan rendah, kerajaan sentiasa sudah ada program-program sampingan yang akan memastikan kesan paling minima akan diterima oleh kumpulan ini.
Umpamanya pemberian BR1M dan lain-lain program yang telah dilaksanakan seperti Klinik 1Malaysia, KR1M, TR1M adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan agenda bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat miskin dan juga yang berpendapatan rendah.
Ini bermakna lama sebelum kerajaan mengumumkan langkah seperti mengurangkan subsidi petrol atau hapuskan subsidi gula, ia sudahpun merangka dan melaksanakan program-program bagi menyerap impak negatif apabila program tersebut dilaksanakan.
Kerajaan terus memberi wang tunai secara terus kepada isurumah yang layak dalam bentuk BR1M, pengurangan cukai peribadi dalam Bajet 2014 serta cukai-cukai lain, malah sistem cukai baru GST juga tidak dilaksanakan serta merta tetapi ditangguh sehingga April 2015.
Tujuannya ialah untuk memberi cukap masa kepada rakyat supaya mereka benar-benar faham tujuan dan hasrat sesuatu keputusan kerajaan itu.
Kerajaan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dijaga dengan baik.
Kerajaan juga tidak pernah secara sembrono memaksa sebarang dasar, program atau keputusan yang hendak dilaksanakan sebelum mendapat 'input' atau maklum balas dari semua lapisan masyarakat di dalam negara.
Perdana Menteri sendiri mengakui era di mana kerajaan mendabik dada mengetahui semuanya sudah lama berlalu.
Oleh sebab itu di bawah dasar transformasi yang di pacu oleh kerajaan pimpinan beliau, pandangan rakyat semua peringkat khususnya bawahan amat penting sekali.
Ini kerana maklum balas rakyat yang diberikan kepada kementerian atau agensi kerajaan akan membolehkan suatu keputusan yang lebih sempurna serta memihak kepada kepentingan rakyat dan negara dapat diputuskan.
Kerajaan tidak sesekali pernah 'bulldoze' atau memaksa apa-apa langkah berkaitan kepentingan rakyat secara membabi buta.
Dalam isu cadangan DBKL menaikkan kadar cukai pintu kerajaan telah mengambil keputusan menurunkan sedikit kadar yang hendak dicaj kepada pemilik premis atau hartanah di Kuala Lumpur.
Ini setelah kerajaan mendapat pandangan pelbagai pihak terutamanya daripada media yang mengutarakan kebimbangan rakyat ang sedang menghadapi pelbagai cabaran menangani kos kehidupan.
Begitu juga dalam isu cadangan kenaikan tol lebuhraya, Perdana Menteri sendiri mengingatkan kepada syarikat konsesi supaya lebih prihatin dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
Kerajaan akan tetap melaksanakan semua janji di dalam manifesto PRU13 dan memerlukan sedikit kesabaran daripada rakyat untuk menjayakan sepenuhnya.
MP: Kebanyakkan kita sebok bercakap serta menyebarkan soal kekurangan hingga lupa kelebihan yang telah kerajaan ujudkan... Jangan diikut mulut pembangkan yang sememangnya macam longkang tu!
0 comments:
Post a Comment