Terdahulu kenyataan seumpama ini MP temui di di laman facebook page Rakyat News. ( KLIK ) Amaran kali kedua yang dimuat turun semalam ditemui berada dilaman Portal Rasmi Kerajaan Pulau Pinang.
Tindakkan ini dilihat, ekoran dari ujudnya rancangan pihak-pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan oleh beberapa kumpulan anti kerajaan dan dijangka akan dilakukan pada malam ini.
Antara kenyataan amaran yang diberikan adalah seperti berikut:
Yang jelasnya, mereka turut melafazkan sumpah janji, bukan hanya memberi amaran sepertimana sebelum ini... sanggup bermandi darah seandainya ada pihak yang cuba mengancam negara ini.
Namun, apa yang penting dan perlu di ambil kira atas maklumat yang ditemui ini.
Rakyat Pulau Pinang khususnya, diminta elakkan diri dari mendekati atau menyokong dalam mana-mana penganjuran demonstrasi haram yang berjalan pada malam ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini menimpa diri dan keluarga selain dapat memudahkan pihak berkuasa menjalankan tindakkan terhadap mereka-mereka yang terlibat.
Harus di ingatkan juga, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihak polis tidak teragak-agak menahan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di bawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012.
0 comments:
Post a Comment