Ia ekoran dari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri agar para penduduk yang terdiri daripada 19 keluarga di kawasan tersebut, segera mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat pelupusan sampah.
Sebagai pampasan, setiap keluarga akan dibayar pampasan sebanyak RM2,000.00 dan diberikan sebuah rumah pangsapuri untuk disewa yang terletak di Jawi dengan bayaran RM100.00 sebulan.
Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui, jumlah pampasan yang diberikan adalah amat rendah sekaligus membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan nasib masyarakat India di kawasan tersebut.
“Kita ini sudah lama duduk (hampir 33 tahun), kita tidak mahu duduk flat (rumah pangsa). Sudah bagi tahu banyak kali, sudah hampir 6 bulan mereka (kerajaan negeri) datang untuk berbincang namun masih tetap mengeluarkan surat untuk keluar rumah (notis mengosongkan rumah).
“Mereka suruh kita duduk rumah pangsa, mereka tahu tak (ada keluarga yang tidak mampu bayar) bil elektrik. (Adakalanya) hampir 3 bulan bil tersebut (tertunggak). Inikan pula diminta untuk membayar duit sewa rumah tersebut berjumlah RM100.00 sebulan” kata wakil tersebut dengan nada sedih ketika ditemui petang semalam.
Paling memeranjatkan mereka, apabila perjumpan yang diadakan dengan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr. P. Ramasamy bukan sahaja gagal mencari jalan penyelesaian namun telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana selepas 3 hari perjumpan tersebut diadakan mereka menerima satu lagi notis yang meminta semua penghuni rumah segera berpindah.
“Semasa perjumpaan tersebut dia (Ramasamy) juga yang mencadangkan agar mana-mana keluarga ingin berpindah boleh berbuat demikian, manakala yang tidak bersetuju boleh terus tinggal sehingga persetujuan dapat dicapai. Namun selepas 3 hari, mereka mengeluarkan notis untuk kosongkan rumah.
“Permintaan kami mudah, cari satu kawasan yang berhampiran untuk kami tinggal. Ini kerena rata-rata penghuni adalah merupakan kanak-kanak kecil dan warga emas yang uzur. Tambahan pula semua penghuni bekerja di ladang yang berhampiran.
Menurutnya, dulu kerajaan DAP pernah sekali memberikan mereka 10 kilogram beras untuk setiap keluarga, namun selepas itu langsung tiada sebarang bantuan yang diberikan.
“Saya mahu tanya, dua kali mereka telah menang, apa yang telah mereka berikan kepada kami? Apapun tidak ada. Kita pergi jumpa dengan Datuk Zainal (Abidin Osman). Dia yang tolong sama kita, tapi sayang dia kalah.
“Kalau dia menang (dalam pilihanraya umum yang lalu) pasti beliau akan bantu kami di sini. Sekarang dia tidak ada, kita semua susah, macam anjing ke sana sini (meminta bantuan)” jelasnya dengan nada yang kecewa.
0 comments:
Post a Comment