Sebaik sahaja subsidi dikurangkan dan beberapa harga barangan naik, semakin ramai rakyat Malaysia yang tiba-tiba menjadi ‘bijak’ ekonomi.
Rata-rata terdengar kritikan dan perbincangan mengenai kebimbangan terhadap keadaan ekonomi negara. Ramai yang melihat tindakan mengurangkan subsidi sebagai bukti kerajaan tidak mampu menjana kewangan dari sumber lain, selain membebankan rakyat sendiri. Sebarang penjelasan tidak lagi mampu untuk meredakan keadaan. Fakta dan angka tenggelam ditelan emosi.
Pembangkang tidak membuang masa mengambil kesempatan dari perkembangan ini.
Justeru, rangkaian propaganda mereka pun dikerah sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keraguan rakyat.
Antara rangkaian yang digunakan ialah Merdeka Center yang diketuai oleh Ibrahim Suffian atau lebih dikenali sebagai Ben.
Bagi yang belum pernah mendengar namanya, sebelum pru 2008, Ben sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.
Beberapa blog sebelum ini mendedahkan bahawa Ben merupakan penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada. Dana yang diterima disalurkan kepada NGO ‘pro-demokrasi’ termasuklahlah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).
Ben pernah mewakili Merdeka Center untuk menghadiri The World Movement for Democracy (WMD) di Turki bersama dengan Premesh Chandran (Malaysiakini), Cynthia Gabriel (SUARAM), Elizabeth Wong, Swee Seng Yap ( Forum Asia) dan Syed Azman (PAS).
WMD adalah satu organisasi yang ditaja sepenuhnya oleh NED (National Endowment for Democracy) iaitu sebuah yayasan dana demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan dengan CIA.
Misi NED untuk menakluki dunia melalui operasi pertukaran rejim kini sudah menjadi rahsia umum. Justeru, Merdeka Center sebagai penerima dana dari rangkaian NED logiknya, pastilah membawa misi yang sama.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang nampaknya ‘bijak-bijak’ belaka, kita seharusnya mampu membaca agenda tersurat dan tersirat dari bahan-bahan yang diwar-warkan oleh Merdeka Center ini.
Baru-baru ini Merdeka Center membentangkan kajiselidik pendapat ramai mengenai keadaan di dalam negara yang menunjukkan kedudukan negatif bagi kerajaan sama ada dari segi ekonomi, keyakinan rakyat mahupun hala tuju negara.
Apa yang menarik ialah kajiselidik itu hanyalah berdasarkan responden seramai 1005 orang sahaja tanpa menjelaskan butir-butir latarbelakang mereka.
Daripada 1005 orang ini, Merdeka Center menyimpulkan bahawa 49% rakyat tidak yakin mengenai hala tuju negara. Isu ekonomi menjadi keutamaan dengan kadar 67% berbanding isu politik yang hanya mencatatkan 4%.
Pendapat 1005 orang tentu saja tidak signifikan untuk dijadikan asas ataupun rujukan mengenai kedudukan sebenar dalam negara.
Apatah lagi dengan hakikat bahawa kajiselidik itu tidak menepati fakta, angka dan pendapat mereka yang lebih signifikan bagi pertumbuhan ekonomi negara, iaitu pakar-pakar ekonomi sendiri.
Setakat ini, laporan mengenai ekonomi Malaysia oleh pakar ekonomi menunjukkan perkembangan positif.
Laporan Thomson Reuters/Insead mengenai ekonomi Asia meletakkan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang ‘cerah’ dari segi ekonomi dengan indeks 75 berbanding 69 dalam suku ketiga tahun ini. Thailand berada di tempat paling corot, menjunam dari 71 ke 40.
Laporan Penilaian Kredit Moody’s sebelum ini juga mencatatkan kedudukan Malaysia dari stabil ke positif manakala Shane Oliver, Chief Economist AMP Capital pula turut menekankan keyakinan beliau yang Malaysia akan terus kukuh dari segi ekonomi berdasarkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan negara ini menjadi pilihan utama para pelabur.
Moody’s, Reuters and AMP Capital pastinya lebih arif mengenai ekonomi berbanding 1005 responden dalam kajiselidik Merdeka Center.
ARTIKAL TERDAHULU : BARANG NAIK: Sengaja ke? KLIK baca ni!
0 comments:
Post a Comment