Hanya kerana memberikan pandangan yang berbeza, berhubung isu kenaikan kos sara hidup penceramah terkenal Prof Dr Muhaya Mohamad telah diserang dari pelbagai sudut khususnya dari tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’.
Prof Mahaya sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga barang meminta agar masyarakat berfikiran positif sebagai pendekatan untuk mencetus inspirasi. Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.
“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.
“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif, hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya.
Mereka bukan sekadar tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan, malah turut melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik kepadanya.
Berikut adalah antara kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap beliau:
“Jenis Prof bateri cap ayam”, Mohd Haslin.
“Prof ini penting diri sendiri. Mana perasaan ikhwanul Muslimin. (Hanya) pentingkan darjat, duit, mengejar kebendaan sahaja. Tidak fikir perasaan orang miskin, mereka semua tidak minta dimiskinkan. Fikirlah, (sebelum) buat kenyataan, jangan jadi barua”, Halimi Puteh.
“Prof kangkung tak boleh, solusi teori nak buat halwa telinga boleh la”, Puteri Natasya binti AlBakri.
“Campak Prof ni dekat Syria dan suruh dia bertenang, bersyukur, dan think positive”, Cahaya Mataku.
“Ini profesor cari makan, alias profesor kangkung. Kalau dah kangkung, hanya pandai berteori sahaja. Gaji ribu-ribu bolehlah cakap. Puiiihhhh!!!”, Nazriaziz AlSheikh.
“Ya lah, nama pun profesor, tentulah banyak teorinya. bercakap dari bilik berhawa dingin berbeza dengan terjun ke medan. tanyalah rakyat yang berpanas, barulah tahu hakikat sebenar sama ada teori itu relevan atau tidak”, Insan Sepi.
“Kepala hotak dia la”, Selamat Mad.
“Bangang!!” Pak Berahim Mizan.
“Jadi prof ini, (cakap) ikut sedap mulut je”, Rosniariffin Che’Ros.
“Di saat ini, rasa nak sepak-sepak muka prof. Saya yakin, bila prof rela kami sepak muka prof, dengan mudah prof lap darah di muka prof, than reset dalam sekelip mata jadi positif”, Inspektor Shahab.
“Gugurkan gelaran prof. Dia ni tiada kemahiran mendengar”, Khaoril Amri.
“Doc ini ibarat menjolok sarang tebuan, silap hari bulan Macai”, Sheikh Zun Nurain.
“Jangan jadi macam macai la prof, open your mind”, Ahmad Hafiz.
“Sampah sahaja (pandangan yang diberikan), tunggu kau (Prof Muhaya) merempat nanti, baru kau tahu erti bersyukur”, Pendamping Kehijauan
“Prof paling bongok dalam dunia”, Rashid Wahari
Yang menjadi persoalannya ialah, apabila diteliti semula kebanyakan komentar yang diberikan datangnya dari akaun yang tidak mempunyai sebarang identiti atau dalam bahasa mudah, akaun palsu yang direka secara khusus untuk menyerang personaliti yang cenderung menyokong kerajaan.
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa rata-rata di kalangan mereka hanyalah tentera upahan @ macai yang diberi habuan tertentu untuk menyerang mana-mana tokoh atau selebriti yang memberikan pandangan berbeza dengan pakatan pembangkang.
Dengan cara itu, mana-mana tokoh atau selebriti akan menjadi takut untuk memberikan sebarang cadangan atau pandangan yang berbeza. Malah modus operandi yang digunakan dilihat sama dengan gerakan yang dilakukan sebelum pilihan raya umum yang lalu.
Bilamana sebarang kenyataan yang mengkritik pembangkang dan dilihat cenderung menyokong kerajaan akan diserang dengan pelbagai kata-kata kesat. Malah ada beberapa kes, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengugut dan memberikan ancaman bunuh.
Ekoran serangan yang dilakukan itu, Prof Mahaya tampil sekali lagi bagi menjelaskan maksud sebenar yang ingin beliau sampaikan kepada masyarakat. Di dalam rakaman video yang dikeluarkan semalam, beliau mengatakan ia bertujuan untuk mendidik masyarakat agar sentiasa bersikap positif.
“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya hanya pencetus inspirasi yang semua orang tahu, gaya saya bercakap adalah untuk kita lakukan pada perubahan.
“Kita kena faham, ada benda yang boleh dikawal, ada benda yang tidak boleh dikawal, sebab itu ada doa “Ya Allah, ya Tuhanku berikan aku kekuatan untuk mengubah apa perkara yang aku boleh ubah, atau kekuatan untuk menerima apa-apa perkara yang tidak boleh diubah dan kebijaksanaan untuk mengetahui perbezaan antara keduanya.
“Memang banyak pihak, mahu saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Pada saya ia sudah banyak diperkatakan, peranan saya (agar masyarakat berfikiran positif) dalam mencari jalan penyelesaian” katanya.
Paling menarik, beliau turut mengatakan telah memaafkan mereka yang menghina beliau.
“Saya bukan ahli politik, memang prinsip saya untuk tidak membuat kenyataan yang berbaur politik… Tujuan saya buat (rakaman) video ini, bukan untuk memberikan justifikasi atau mengelakkan orang tidak menyukai saya. Kerana sebenarnya saya telah maafkan semua orang yang mengata saya.
“Saya Cuma bercakap dari perspektif saya, cara untuk kita melihat sesuatu (masalah) dan mencari solusi dan bukannya membesar-besarkan masalah” jelas beliau lagi.
Kesilapan paling besar adalah membakul sampahkan pandangan rakyat dan juga mereka yg mengkritik tu adalah macai2 pembangkang.
ReplyDeleteSaya tidak berpihak kepada mana2 parti. Tetapi kerajaan yg tidak sensitif kepada masaalah rakyat perlu ditolak tak kira siapa.
Setuju dgn Esa Adam,
ReplyDeletePandangan rakyat teramai adalah mereka yang mahukan kedamaian, harmoni, tidak kecoh2 dan hidup aman damai tenteram tanpa kekecohan dan demonstrasi. Itu pandangan rakyat teramai.
Jadi kita jangan berpihak kepada KERAJAAN BAYANGANAN, sebaliknya terus menyokong kerajaan yang bagus sprti sekarang, ok kan?
Mereka pun mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menyampaikan masalahnya. Mereka mengatakan,
ReplyDelete“Wahai Rasulullah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,
“Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Sang Pemberi rezeki. Sementara aku berharap bisa berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.” (HR. Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah, dan dishahihkan Al-Albani)
Pertama, sesungguhnya Allah Dzat yang menakdirkan semua harga
Dalam hukum Muaamalat, Rasulullah saw sendiri menolak campur tangan pemerintah dalam hal turun naik harga. Harga ditentukan oleh pasaran.
Adakah kalian sanggup mengeji Rasululluh sepertimana kalian mengeji Prof????