#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

18 December 2013

Anwar pulak mintak naik gaji? KLIK baca ni!


Anwar Hantar Permohonan Untuk Naik Gaji

Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Disebabkan itu, Khalid telah menjadi ‘mangsa belasahan’ Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut. Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah rakyat.

Namun dalam diam-diam, Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara petang tadi.

Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.

“Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.

“Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu untuk naikkan gaji MP,” kata Shahidan.

Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.

Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri itu.

“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.


“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” menurut Nazri.

Malah disebabkan bantahan tersebut, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar itu.

Menurut Ahli Parlimen PKR, selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan ‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain elaun termasuk tuntutan jika Parlimen bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.

Lebih malang lagi, beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada ketika itu menjelaskan, mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.

“Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat... Hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian.”

Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu, mengatakan dia terpaksa ‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.

“Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan... nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami ‘defesit’ sebenarnya.”

Kesimpulannya ialah, walaupun pada ketika itu kerajaan hanya mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus, namun atas sebab politik ia terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus. Anwar juga pada hakikatnya sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding negara-negara jiran.

Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak mentah-mentah, tambahan pula pada ketika cadangan tersebut dilakukan, Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-teki.

Benarlah apa yang dikatakan sebelum ini, Anwar adalah ‘Bapa Segala Retorik’.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.