#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 December 2013

Singapura Tidak Lagi Selamat?


Singapura cukup terkenal dengan sikap hidung tingginya. Negara itu gemar memandang rendah terhadap Malaysia dan sering mengejek atau memperlekeh Malaysia. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa hubungan baik Malaysia dengan Singapura adalah satu hipokrasi semata-mata, sekurang-kurangnya di pihak Singapura.

Telah beberapa kali Singapura dengan sengaja menyakitkan hati kita dengan menggambarkan Malaysia sebagai tidak selamat dan tidak cukup baik berbanding negara itu. Kononnya pihak keselamatan kita tidak cekap dan tidak mampu membendung jenayah.

Dalam masa yang sama, terdapat juga rakyat Malaysia sendiri yang mengagungkan Singapura melebihi negara sendiri. Segala-galanya ingin dibandingkan dengan Singapura sama ada dari segi pendapatan atau kemajuan. Bagi mereka, Singapura adalah kiblat dan Malaysia perlu diubah dan ditukar agar menyamai negara itu dari segi sosial, pendidikan dan segala-galanya.

Hakikatnya, yang ingin diubah agar menepati Singapura itu hanyalah satu iaitu: ‘dikuasai oleh kaum Cina’.

Namun, negara yang terkenal sebagai ‘bandar saman’ itu akhirnya terbukti sebagai tidak sehebat mana berbanding Malaysia. Walaupun berjaya menutup mulut dan menekan kaum Melayu di sana agar menerima nasib sebagai warga kelas tiga, tetapi Singapura tidak mampu menahan kemarahan orang-orang asing yang ditindas di negara itu.

Kita tahu bahawa Singapura menyambut baik tenaga professional dari luar dan diberi gaji yang sebegitu tinggi tetapi sikap kiasu semulajadi kaum Cina membuatkan mereka melayan tenaga buruh dan pekerja asing peringkat bawahan dengan buruk sekali. Akibatnya, dua hari lepas, negara itu menyaksikan rusuhan paling buruk sejak 1969.

Perusuh dikenalpasti sebagai warga asing yang tidak puas hati dengan gaji yang begitu rendah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini bukan kes pertama warga asing menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di negara itu. Tahun lepas seramai 170 pemandu bas warga China telah melancarkan mogok menuntut gaji dan layanan yang lebih baik.

Ternyata, Singapura itu adalah indah khabar dari rupa. Tiada keadilan yang sebenar dalam negara yang dikuasai kaum Cina ini. Penindasan merupakan perkara biasa yang selama ini ditutup dan dipateri rapat agar tidak dapat dihidu oleh sesiapa.

Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menutup keburukannya selama-lamanya. Hipokrasi pasti terdedah jua.

Singapura bertindak tegas ke atas perusuh sepertimana mana-mana polis di dunia.

Mungkin warga Malaysia yang begitu menyanjung Singapura perlu mencerna tindakan polis Singapura ini sebaiknya. Ketahuilah bahawa hampir tiada di kalangan rakyat negara itu yang membantah ketegasan polis dan kerajaan mereka dalam membendung rusuhan.

Bayangkan jika ia berlaku di Malaysia, belum apa-apa tentunya sudah ramai yang memilih untuk membela perusuh dan percaya bahawa kerajaan kita kejam. Tidak cukup dengan itu, pasti akan diadu pula pada negara asing, agar membantu perusuh dan mengecam kerajaan sendiri.

Kesimpulannya, jika kita ingin mencontohi Singapura, contohilah sikap warganya yang disiplin dan matang yakni tidak mudah terpengaruh untuk menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan.

Tetapi, dalam pada itu, kita juga perlu memahami bahawa tidak semua mengenai negara itu adalah baik. Sikap hipokrit, kiasu dan perkauman bukanlah sesuatu yang perlu dicontohi. Apapun, dalam segala segi, percayalah Malaysia adalah sepuluh kali ganda lebih baik dari Singapura.

Buktinya, setiap usaha untuk melakukan rusuhan besar-besaran oleh berbagai pihak tidak akan berjaya - bukan sahaja kerana pasukan keselamatan kita lebih cekap dari Singapura tetapi apa yang lebih penting ialah kerana kerajaan Malaysia sebenarnya tidak pernah menindas sesiapa.

1 comments :

  1. Biarkan la.

    Singapura selalu nak memalukan Malaysia dengan menghebohkan rusuhan dan tunjuk perasaan Bersih ke satu dunia kan, konon nak bukak pekong di dada Malaysia dan nak tunjuk yang Singapura tu lebih baik lah.

    Ni sekarang rusuhan terjadi di negara mereka. Padan muka.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.