#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 December 2013

Polis dicabar dalang perhimpunan haram. KLIK baca ni!


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.

Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya. - UtusanOnline.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.