Mungkin mereka tidak menyedari bahawa tindakannya sedang diperhatikan.
Lihat ni dibawah, apa yang telah ditemui...
Sumber ini MP temui dalam satu pautan Facebook (Like Page) Rakyat News yang mana dimuat turun oleh pengamal Facebook dengan menggunakan nama Pembunuh Cina.
Ini buktinya...
Nah... Bila di baca dari ayat dan kata-kata yang tertulis pada poster yang telah di muat turun. Antaranya "Mereka akan bermandi darah di Padang Kota, Pulau Pinang", jelas menunjukkan bahawa apa yang akan berlaku, insiden 13 Mei 1969 akan kembali berulang.
Dengan hanya memandang maksud yang disampaikan, rasanya kita tidak perlukan bukti untuk mengesahkan ujud sekumpulan Melayu yang meluap-luap semangatnya akan bangkit menentang mana-mana pihak, khususnya kaum Cina yang cuba menimbulkan ancaman terhadap negara pada malam tahun baru, nanti.
Namun, hal ini juga harus dipikirkan semula oleh pihak pembangkang. Usah terlalu mengikutkan hati....
Jika pembangkang cuba juga untuk meneruskan hasratnya menghuru-hara dan menggulingkan kerajaan sepertimana yang di rancang pada malam 31 Disember nanti, maka bersedialah kita berhadapan dengan peristiwa tragedi berdarah dan akan lalui kehidupan yang pasti menyukarkan.
Semoga rakyat Malaysia, tidak kira dari kaum mana pun jua akan lebih rasional dan matang dalam menilai keamanan yang sekian lama di kecapi. Kita juga pasti, kaum Cina sendiri tidak ingin senario seumpama 13 Mei itu berulang.
Apa pun, ini bukanlah satu gambaran untuk menakut-nakutkan sesiapa. Tetepi dari penemuan bukti ini, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil akan berlaku jika tiada usaha menghalang atau menghentikannya.
Dalam pada itu, kita juga amat mengharapkan agar kerajaan dan pihak berkuasa tingkatkan pemantauan, bertindak tegas terhadap individu-individu yang terlibat dalam segala bentuk tindakkan kekerasan yang mengakibatkan keamanan negara diancam dari kemusnahan.
0 comments:
Post a Comment