GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

Showing posts with label PLKN. Show all posts
Showing posts with label PLKN. Show all posts

23 May 2015

PELARIAN ROHINGYA : PLKN sedia beri dua kem untuk perlindungan sementara - Datuk Seri Hishammudin



Langkah persetujuan Kerajaan Malaysia baru-baru ini bagi menyediakan bantuan kemanusiaan serta tempat perlindungan sementara kepada ham­pir 7,000 pe­larian etnik Rohingya dan Bangladesh yang masih tersadai di perairan antarabangsa berdekatan dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah dan sepatutnya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

Selaku Pengerusi ASEAN, tentu sekali krisis ini takkan dibiarkan dan harus kita
 ­ta­ngani sebelum me­ngundang ke­mu­daratan tehadap pelarian terbabit.

Antara usaha terkini, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dijadikan penempatan sementara bagi etnik pelarian Rohingya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dalam akaun mikro twitter miliknya. Namun demikian, DS Hishammudin tidak mengumumkan kem mana akan digunakan sebagai penginapan interim bagi etnik ini.

Keperihatinan pihak PLKN dalam menyediakan bantuan penempatan itu, tentunya akan meringankan kesengsaraan hidup kumpulan pe­larian itu untuk jangka masa pen­dek sebelum jalan penyelesaian yang sesuai ditemui.




Pada 10 Mei lalu, negara telah dikejutkan dengan berlakunya penahanan seramai 1,158 pendatang tanpa izin Rohingya dan Banglades selepas bot mereka mendarat secara haram di Langkawi dan angka itu dilaporkan paling besar setakat ini.

Ada mengatakan, mereka mendarat di Malaysia selepas Thailand mengambil langkah memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemukan lebih 30 mayat di sebuah kawasan perkuburan di selatan negara itu, awal bulan ini.


Dari sumber Jabatan Imigresen, pada masa ini terdapat seramai 13,321 tahanan di 12 depot tahanan imigresen di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 4,531 adalah terdiri daripada etnik Rohingya manakala 1,466 lagi Bangladesh.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan sesuka hati dan begitu mudah.
Namun atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, beliau telah mengarahkan operasi menyelamat dilakukan di perairan negara.

Berikut saksikan kenyataan Perdana Menteri berikutan isu kebanjiran pelarian Rohingya masuk ke perairan negara, baru-baru ini.



20 April 2015

Modul baru PLKN 2.0 tentu lebih mantap dan mesra rakyat - Datuk Noor Ehsanuddin



Tercetusnya idea melibatkan seramai mungkin suara rakyat bagi membentuk Modul baru PLKN 2.0 melalui Makmal Transformasi PLKN yang dianjurkan 27 Mac lalu, tentunya lebih mantap dan mesra rakyat.

Ia diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.. Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklum balas dalam mentransformasikan PLKN tersebut, sebuah laman portal telah dibangunkan dan boleh layarinya di www.transformasi.khidmatnegara.gov.my yang akan dibuka sehingga 26 April ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara,
YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid.

Datuk Ehsanuddin sebelum ini menegaskan penambahbaikkan modul PLKN itu hendaklah mengikut kesesuaian semasa. Dimana hasilnya nanti, para pelatih akan memperolehi sijil selain pakej lengkap dengan ilmu kemahiran serta vokasional sepanjang sesi latihan.

Penambahbaikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melalui Modul baru PLKN 2.0 itu akan membabitkan elemen kemahiran, teknikal dan vokasional kepada semua pelatih sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan sekiranya mereka tidak melanjutkan pengajian ke universiti atau kolej, selepas itu.

Penangguhan kemasukan pelatih PLKN sejak Januari lalu dilakukan adalah bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul sedia ada kepada satu modul yang lebih mesra tentang masa depan pelatih..

Datuk Seri Hishammuddin Hussein diiringi Pengerusi PLKN, Datuk Noor Ehsanuddin
ketika berucap di Program Hari Terbuka Transformasi PLKN
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adanya elemen kemahiran itu, tentunya menjadi nilai tambah kepada pelatih untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan dan selepas tamat latihan bersama kemahiran serta sijil yang mereka perolehi.

“Paling penting sijil baru yang dikeluarkan ini ditambah nilai serta memenuhi kehendak pasaran. Jadi, tiada alasan untuk tidak menerima mereka bekerja di syarikat swasta masing-masing,” katanya pada sidang media sempena Hari Terbuka Transformasi PLKN di IOI City Mall, di sini, semalam.


Program Hari Terbuka Transformasi PLKN tersebut, di anjurkan sendiri Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dengan kerjasama PEMANDU dari Jabatan Perdana Menteri. Program itu merupakan kesinambungan selepas tamatnya Makmal Transformasi PLKN yang telah berakhir 27 Mac lalu

Penganjuran ini diadakan bertujuan membolehkan hasil dapatan makmal dikongsi bersama rakyat dan membuka ruang serta peluang untuk orang ramai memberikan maklum balas, input serta idea terhadap perancangan transformasi PLKN sebelum ianya dilaksanakan dan sekaligus dijadikan dasar kerajaan yang baharu


Selain itu, Datuk Seri Hishammuddin berkata, sebanyak 23 daripada 50 inisiatif yang dicadangkan melalui Makmal Transformasi PLKN dibentangkan ke Kabinet pada minggu lalu dan beliau turut minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11, nanti.

13 February 2015

Makmal Transformasi PLKN Di Laksanakan


Dengan tujuan bagi mendapatkan maklum balas dari semua pihak yang berkepentingan berhubung transformasi yang ingin  dilaksanakan terhadap Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa hadapan. Makmal Transformasi PLKN diujudkan dan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin Tun Hussein, hari ini.

Perlaksanaan makmal ini juga bermatlamat untuk menghasilkan satu resolusi yang seterusnya dibentuk menjadi "blueprint" bagi menjayakan transfirmasi PLKN.

Makmal Transformasi PLKN ini akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 28 Mac 2015. Seramai 85 orang pihak berkepentingan yang terdiri daripada wakil kementerian, pihak swasta, badan bukan Kerajaan (NGO), pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN serta pihak ibu bapa bakal terlibat sepanjang pengajuran dijalankan.


Makmal Transformasi PLKN ini akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Belia Dan Sukan dan PEMANDU. Fokus perbincangan adalah tertumpu kepada perkara pokok utama iaitu modul latihan, pengurusan sumber dan penjenamaan komunikasi.

Perlaksanaan makmal ini amat penting dan kritikal selaras dengan hasrat Perdana Menteri sewaktu ucapan Bajet 2015, yang mengumumkan strategi pertama di dalam Pelan Transformasi Belia Negara, iaitu untuk mengkaji semula PLKN dengan satu konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.


Turut hadir di dalam majlis berkenaan ialah Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin dan tidak ketinggalan Pengerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

 

21 January 2015

PLKN : Dikaji Semula Dan Ditambah Baik


PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan bagi remaja yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri serta mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional selain membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.




Pengerusi PLKN, Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid yang ditemui selepas majlis pengumuman tersebut di Putrajaya, berkata pengumuman itu melibatkan pelatih pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana pengambilan pertama sudahpun selesai.

“Ini langkah penjimatan oleh kerajaan... dan juga peluang yang baik untuk kita kukuhkan struktur yang ada.

“Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus-tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.

Ehsanuddin yang juga AHli Parlimen Kota Tinggi berkata, penangguhan PLKN itu boleh juga memberi rahmat kepada golongan lain, terutama mangsa banjir.

“Mungkin di Kelantan, sementara menungguh Kerajaan membina rumah kekal yang akan mengambil tempoh antara enam hingga sembilan bulan, kem PLKN dapat digunakan sebagai penempatan sementara. Kita boleh meningkatkan kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.

"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini.

Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.



12 January 2015

BANJIR PANTAI TIMUR : Tiada siapa mahu ianya terjadi... - Pengerusi PLKN


Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat ditengelami banjir. Bencana yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur baru-baru ini, bukanlah banjir biasa, sebaliknya kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan menyayat hati.

"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..." 

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Dalam apa keadaan sekali pun, untuk mangsa yang terbabit membina rumah kekal sudah tentu mengambil masa lama. 




Pengerusi PLKN, Datuk Ehsanuddin membuat lawatan bersama Timbalan Menteri Pertahanan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.



Agihan bantuan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir 
di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas

Untuk membantu nasib dan kesulitan pihak mangsa, kerajaan mengambil inisiatif membuka beberapa penempatan sementara terlebih dahulu di beberapa lokasi pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.


Bagi tujuan itu, pada mesyuarat Kabinet yang diadakan kelmarin, Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu.

Pemilihan kem-kem berkenaan sebagai ‘rumah sementara’ keluarga yang kehilangan tempat tinggal itu akan membolehkan mereka ber­ada dalam keadaan lebih selesa. Ia kerana pelbagai kemudahan asas sedia ada di kem-kem tersebut daripada tandas, dewan makan dan bilik kediaman, akan menyenangkan mereka meneruskan rutin hidup.

Datuk Ehsanuddin (Pengerusi PLKN) di pusat PLKN meluangkan masa bersama peserta
yang terlibat dengan banjir di Batu Jong, Kuala Krai.
Namun, ada juga beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdepan nasib yang serupa. Di mana kira-kira 1,000 peserta PLKN terjejas dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamaakibat bencana banjir besar yang turut melanda kem-kem tersebut.


Kerja-kerja pembersihan pusat PLKN yang terjejas akibat di naiki banji

Antara kem terbabit adalah Kem Cenderawasih Cador di Marang, Kkem Saujana Jabi di Besut dam Kem Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu.

Manakala di Kelantan hanya satu kem PLKN yang terjejas iaitu Kem Batu Jong, Kuala Kerai dan Kem Tasoh di Perlis.

Bagi ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai situasi pelatih terbabit diminta menghubungi talian 03-4027 4747 atau emel kepada pelanggan@khidmatnegara.gov.my




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.