#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 May 2015

PELARIAN ROHINGYA : PLKN sedia beri dua kem untuk perlindungan sementara - Datuk Seri Hishammudin



Langkah persetujuan Kerajaan Malaysia baru-baru ini bagi menyediakan bantuan kemanusiaan serta tempat perlindungan sementara kepada ham­pir 7,000 pe­larian etnik Rohingya dan Bangladesh yang masih tersadai di perairan antarabangsa berdekatan dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah dan sepatutnya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

Selaku Pengerusi ASEAN, tentu sekali krisis ini takkan dibiarkan dan harus kita
 ­ta­ngani sebelum me­ngundang ke­mu­daratan tehadap pelarian terbabit.

Antara usaha terkini, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dijadikan penempatan sementara bagi etnik pelarian Rohingya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dalam akaun mikro twitter miliknya. Namun demikian, DS Hishammudin tidak mengumumkan kem mana akan digunakan sebagai penginapan interim bagi etnik ini.

Keperihatinan pihak PLKN dalam menyediakan bantuan penempatan itu, tentunya akan meringankan kesengsaraan hidup kumpulan pe­larian itu untuk jangka masa pen­dek sebelum jalan penyelesaian yang sesuai ditemui.




Pada 10 Mei lalu, negara telah dikejutkan dengan berlakunya penahanan seramai 1,158 pendatang tanpa izin Rohingya dan Banglades selepas bot mereka mendarat secara haram di Langkawi dan angka itu dilaporkan paling besar setakat ini.

Ada mengatakan, mereka mendarat di Malaysia selepas Thailand mengambil langkah memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemukan lebih 30 mayat di sebuah kawasan perkuburan di selatan negara itu, awal bulan ini.


Dari sumber Jabatan Imigresen, pada masa ini terdapat seramai 13,321 tahanan di 12 depot tahanan imigresen di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 4,531 adalah terdiri daripada etnik Rohingya manakala 1,466 lagi Bangladesh.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan sesuka hati dan begitu mudah.
Namun atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, beliau telah mengarahkan operasi menyelamat dilakukan di perairan negara.

Berikut saksikan kenyataan Perdana Menteri berikutan isu kebanjiran pelarian Rohingya masuk ke perairan negara, baru-baru ini.



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.