#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 May 2015

SPAD : Tiket Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura RM 400 (S$ 148)


Sebelum ini, banyak terdengar desas-desus serta pendapat tentang had kadar tambang yang akan ditetapkan kepada penumpang bagi menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka beroperasi pada tahun 2020, nanti.

Tentu sekali ramai meramalkan, harga yang tinggi akan dikenakan terhadap pengguna. Hingga ada khabar angin menganggarkan harga tiket yang akan dikenakan antara RM600 sehingga RM800 kepada setiap penumpang.

Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD
Baru-baru ini, menurut kenyataan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di petik daripada MalayMail Online berkata, Malaysia sedang mengkaji had kadar tambang kereta api berkelajuan tinggi (HSR) perkhidmatan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura di bawah RM400 (S $ 148) untuk tiket pergi balik.

"Harga tiket, akan berpatutan bagi menampung setiap sudut pasaran, termasuk perniagaan dan para pelancong." kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal.

"Bagi melaksanakan projek HSR itu, kami menjangkakan purata harga yang lebih rendah sehingga kurang dari RM200 untuk satu perjalanan. Walaupun pulangan pelaburan akan mengambil masa yang lebih lama, pengendali akan mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan balik pelaburannya dalam projek ini," jelas beliau.

Tambahnya lagi, HSR dijangka akan merancakkan sektor pelancongan tempatan kerana para pelancong boleh ditawarkan lawatan ke Malaysia dan Singapura sebagai satu pakej.

Dengan kelajuan unjuran 350-450 km/h. Ia dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan dari Jurong East di Singapura ke ibu negara Malaysia Kuala Lumpur kepada 90 minit, berbanding dengan 5 jam melalui jalan raya atau 7 jam melalui perkhidmatan rel konvensional yang sedia ada.


Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) akan menjadi perkhidmatan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura itu turut singgah di beberapa stesen di Malaysia seperti Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Seremban dan stesen perhentian terakhirnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Namun, bagi yang mengutamakan waktu perjalanan yang pantas dan cepat. Tentu sekali akan memilih sistem perkhidmatan keretapi laju (HSR), lebih lagi bila kadar tambang yang akan ditetapkan nanti pada kadar yang mampu dan berpatutan.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.