#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 May 2015

#PRKPermatangPauh: Ahli Seumur Hidup PAS bersuara... KLIK baca sini!


SERUAN BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH

Esok adalah hari penentuan untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sekadar renungan dan muhasabah kita bersama. Undi adalah satu tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Kita ada dua pilihan sama ada untuk memilih DS Wan Azizah - PKR atau Suhaimi Sabudin -BN. Melihat kepada senario semasa, calon parti PKR tidak seharusnya diberikan undi sama sekali bukan atas penilaian politik tetapi atas dasar menegakkan hukum Allah dan mempertahankan kedaulatan Islam.

DS Wan Azizah selaku calon dan juga Presiden PKR yang menolak perlaksanaan hukum hudud PAS Kelantan dan sanggup bersekongkol dengan kafir DAP dan terus menerus menentang hudud demi politik. Bukan sahaja hukum Allah dipersenda dan diketepikan, malah persaudaraan dengan PAS turut diputuskan. Ulama2 PAS terus diserang dan diasak hanya kerana mereka cuba melaksanakan hukum hudud.


Insiden penyerang pemuda PAS yg cuba mempertahankan hukum hudud bukan hanya dibuat melalui media, FB dan whatsapp tetapi PKR kini sudah ke tahap melakukan serangan fizikal dan ganas.

Terbaharu petang tadi 6.5.2015 di Petron seberang Jaya, sekumpulan pemuda PAS diugut, diancam dan diserang dengan senjata merbahaya semata-mata kerana menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tuan guru Haji Hadi dan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Sehingga hari ini tiada suatupun suara daripada pempinan UMNO yang mengkritik hukum hudud atau pendirian ulama dan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum.Allah.ini. Malah UMNO secara terang-terangan telah megetuai Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hukum Hudud bagi merealisasikan imlian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini.

Maka melihat kepada keikhlasan UMNO / BN dan penentangan secara terang-terangan, provokasi melampau, serangan fizikal dan penghinaan berterusan PKR ke atas PAS, maka demi kemaslahatan ummat Islam Permatang Pauh dan Malaysia amnya, sudah tiba masanya kita menolak calon parti PKR ini.

Kita tolak PKR bukan bermakna kita sokong 100% UMNO /BN tetapi dalam dua pilihan yg ada ini jelas calon UMNO / BN adalah lebih baik daripada PKR yg langsung tidak memperdulikan perjuangan Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Terlalu ramai pemimpin munafik di dalam PKR dan selawaknya mereka bersahabat dengan kafir DAP dan bukannya bersama dengan PAS.

Ahli Seumur Hidup
PAS Kawasan Permatang Pauh.


...................................................................................


#MP:
Untuk pilih yang tepat... KLIKSINI

1 comments :

  1. HAI ! Puak2 PAS yg sentiasa mengutuk UMNO baru sedar ada ular sawa dalam seluar, melengkar tepi pagar. Jika berpegang kepada kata "pemimpin PAS" yang membuat komen, seluruh Kepimpinan PAS dan ahli wajar memohon maaf kepada UMNO kerana mengutuk dan mengkafirkan mereka selama ini. Apakah selama ini Puak2 PAS tidak sedar bahawa NURUL IZZAH pernaH menyarankan mengapa Orang Melayu Islam tidak boleh memilih agama mereka sendiri? Itu lah padahnya dan semuanya adalah balasan Allah didunia terhadap ahli2 PAS.BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.