#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

13 May 2015

JAJARAN LRT3 : Orang ramai dipelawa ke Sesi Pemeriksaan dan Maklum Balas Awam.



Memahami keperluan orang ramai dan bilangan penduduk yang tinggal di Lembah Klang semakin meningkat, Prasarana Malaysia Bhd telah mengambil langkah proaktif dengan memulakan pembinaan Light Rail Transit Line Tiga (LRT 3) pada suku pertama 2016, setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agensi kerajaan tempatan serta persekutuan iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain.

Cadangan Projek LRT 3 bernilai 9 billion akan menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan akan disepadukan dengan data sedia ada dan rangkaian pengangkutan awam di masa hadapan.

Kini, cadangan pembinaan projek LRT3 itu sudah memasuki fasa berikutnya iaitu paparan kepada awam dan respon serta maklumbalas umum. Sesi pemeriksaan awam turut diadakan di 7 buah lokasi terpilih selama tempoh 3 bulan bermula 15 Mei 2015.


Pengarah Urusan Prasarana Azmi Abdul Aziz berkata paparan awam untuk mengumpulkan maklumbalas akan diadakan termasuk sesi pemeriksaan awam di lokasi terpilih dari 15 Mei-14 ogos (3 Bulan) yang selaras dengan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Cadangan laluan jajaran sepanjang 36 kilometer (km) bersama 25 buah stesen akan dipamerkan dan pelbagai perkara akan dipaparkan untuk makluman umum. Ia termasuklah dengan butiran projek, rancangan pengambilan tanah dan ciri² stesen bagi LRT3 ini.

"Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memberi maklum balas yang membina kepada rancangan bagi membangunkan LRT 3 ini." katanya.

Beliau turut menjelaskan dimana input daripada orang ramai amat penting dan akan dianalisis oleh Prasarana seterusnya akan dikemukakan kepada SPAD untuk penilaian,

Jadual & Lokasi Sesi Pemeriksaan Awam
Antara lokasi ditetapkan bagi sesi pemeriksaan awam ialah di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di KL Sentral, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam dan pejabat Majlis Perbandaran Klang, Klang serta termasuk di tiga lokasi stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Masjid Jamek dan Pasar Seni," katanya.

Kepada yang berminat untuk turut sama meninjau cadangan jajaran dan mencari maklumat berkenaan projek mega kerajaan ini, boleh terus ke laman web di alamat www.lrt3.com.my bermula 15 Mei ini.

1 comments :

  1. Bila pula SPAD nak buat program mcm. ni dgn. rakyat kerana aku heran selama ni lori-lori dan bas-bas INDUSTRI-TAMAK boleh pula bebas "zig-zag" kat lorong-lorong laju terutamanya di lebuhraya, melebihi had laju sampai disyaki punca utama penyebab kemalangan jlnraya yg. amat BUAS, yg. disyaki asyik MENGORBANkan majoriti mangsa disyaki dari umat Islam/Melayu; hampir harian! Man Menteri utk melawat depa, terutamanya mangsa-mangsa dari org. MISKIN, terutamanya penunggang MOTOSIKAL?!

    Kerana Kem-amat-BANGANG yg. diterajui si MCAcing-KEPARAT tu tak dak buat undg-undg amat KETAT utk. memastikan lori/bas INDUSTRI hanya di lorong perlahan - kerana disyaki takut mengurangkan KEUNTUNGAN pd. PEMILIK/PENGUSAHA INDUSTRI-TAMAK bas-bas/lori-lori - yg. di- MONOPOLI siapa? Kita boleh agak! Biaq rakyat terutamanya umat Islam/Melayu, terus MERANA akibat KEBUASAN lori-lori/bas-bas-INDUSTRI-LAJU-amat BUAS yg. seolah mengamalkan "laws of the jungle"!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.