DATUK SERI LIOW menunjukkan gambar rajah
Eurocopter Dauphin AS365 N3 pada sidang media
di Putrajaya, kelmarin
Hasil siasatan awal mendapati helikopter Eurocopter Dauphin 9M-IGB yang jatuh terhempas hingga mengorbankan bekas ahli parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima individu lain berpunca ujud kerosakkan pada helikopter yang digunakan.
Tumpahan minyak yang berlebihan dan kebocoran pada lubang roda pendaratan kiri dapat dikesan di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk terbang selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.
Rekod audio yang diperoleh menunjukkan bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran apabila mendapati keluarnya cecair yang berlebihan di bahagian hidraulik.
Datuk Liow berkata, siasatan mendapati, juruterbang pesawat tidak membuat sebarang panggilan kecemasan kepada ATC dalam tempoh antara 4.31 petang hingga 4.52 petang sebelum helikopter lain yang berada berdekatan membuat panggilan radio ke ATC dan menyatakan helikopter malang itu membuat penurunan curam dan terhempas.
Hasil siasatan juga turut mendedahkan terdapat kesan roda di bahagian kiri terbenam kira-kira 20 inci ke dalam tanah lembab ketika pendaratan.
Keadaan itu turut memungkinkan bahagian ekor bawah fenestron penstabil mendatar sebelah kiri helikopter dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan teruk pada penstabil hingga helikopter jadi condong kira-kira 13 darjah ke kiri.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengarah Operasi DCA yang juga ketua siasatan nahas, Datuk Yahaya Abdul Rahman.
Sementara itu, Yahya berkata, siasatan mendapati, kemungkinan sirip penstabil kiri helikopter tertanggal daripada pesawat beberapa saat menyebabkan helikopter berkenaan terjunam.
Menurutnya, sehingga kini, pasukan penyiasat masih gagal menemui serpihan berkenaan, malah penemuan sirip penstabil itu penting bagi menentukan sama ada ia rosak akibat hentakan awal ketika mendarat di padang sekolah atau kegagalan mekanikal lain.

0 comments:
Post a Comment