Tema itu juga telah menarik perhatian Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar dalam ucapannya dengan berkata , "Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan utama negara kita dan antara perkara utama bagi semua pihak dalam industri kenderaan perdagangan, dari pengilang hingga pemandu, perlu memainkan peranan mereka dalam menangani isu ini,"
"Bila pemandu selamat dan kenderaan juga berkeadaan selamat, ia merupakan salah satu penyumbang kepada meningkatnya pendapatan syarikat. Kurang kemalangan bermakna tuntutan insurans yang lebih sedikit dan kurang downtime. Yang paling penting, apa-apa kemalangan dielakkan juga bermakna jalan raya adalah lebih selamat untuk pengguna lain", katanya.
Beliau yang juga editor MIBTC , turut menyeru industri dapat bersama membuat satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan.
"Jika kita boleh mencapai itu, kita semua menang", tambahnya lagi.
Penganjuran kali ini turut melibatkan lebih 80 peserta pameran tempatan serta antarabangsa dan menampilkan pelbagai program sampingan.
Selain memaparkan sebuah ekspo yang menakjubkan, MIECC dilihat bagaikan platform eksklusif apabila berkampungnya pengeluar serta para pembekal terkemuka dunia selain menyaksikan banyak pameran produk seperti Smart Lite, Volvo, Scania, dan TUV
MIBTC 2015 dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam dan masuk adalah percuma kepada pelawat perdagangan.
0 comments:
Post a Comment