Antaranya baru-baru ini, keputusan menurunkan harga rumah generasi baharu Felda (PGBF) keparas harga RM90,000 berbanding harga asal RM125,000 sepertimana pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (KLIKSINI) itu adalah sebahagian daripada hasil perjuangan serta keprihatinan calon BN, Datuk Hasan Arifin terhadap permasaalahan warga Felda selain bukti menunjukkan kerajaan yang sentiasa bertanggungjawab juga konsisten dalam mendengar keluhan rakyat dan bukan ‘gula-gula’ politik seperti didakwa pihak pembangkang.
Mengulas tentang isu berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia cukup mudah bagi mereka sebagai pembangkang mengatakannya.
“Cukup mudah untuk mereka mengatakan ini adalah gula-gula bagi PRK.
Mengulas tentang isu berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia cukup mudah bagi mereka sebagai pembangkang mengatakannya.
“Cukup mudah untuk mereka mengatakan ini adalah gula-gula bagi PRK.
“Apakah perancangan mereka untuk Felda? Saya tengok tidak ada satu pun yang mereka sudah cadangkan di negeri-negeri yang mereka perintah,” kata DS Hishammuddin yang juga merangkap Penyelaras Utama BN bagi PRK Parlimen Rompin
Selanjutnya KLIK saksi kenyataan penuh DS Hishammuddin pada video dibawah:
Pada sidang akhbar selepas taklimat bersama jentera UMNO Johor di Rumah Johor semalam, beliau juga menjelaskan dimana tiada siapa dapat menafikan bahawa keputusan itu memberi kesan positif jangka panjang kepada seluruh generasi Felda yang sentiasa mendapat pembelaan kerajaan.
Menurutnya lagi, beliau percaya kerajaan dan pengurusan Felda akan melihat pendekatan tersebut bukan sahaja dilaksanakan di Rompin memandangkan pembelaan kepada generasi kedua diperjuangkan untuk semua sejak tanah rancangan berkenaan diwujudkan.
kerajaan kerajaan...adakah bantuan seperti harta pusaka sampai turun temurun disalur masih ramai rakyat lain yang harus dibantu.sudah sudahlah cukuplah generasi pertama kerajaan bantu beri peluang generasi kedua berdikari
ReplyDelete