#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

27 May 2015

#1MDB : Menteri Kabinet Yang Tak Paham Letak Jawatan -TS Shahrir Samad.


Menteri yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun membuat keputusan bersama dalam mesyuarat Kabinet digesa supaya melepaskan jawatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Tegasnya, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggung jawab bersama dan mana-mana Menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan bersama.

“Prinsip Kabinet, prinsip tanggung jawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan bersama.

“Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri…itu tak jadi masalah, kalau ada Menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet),” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li pada Isnin dilaporkan berkata, keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawab atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Ku Li berkata jika Menteri Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Mengulas lanjut, Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, jika Menteri Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka boleh berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).

“Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Kementerian Kewangan.

“Jika ada Menteri kata tak faham, cakaplah tak faham, tanyalah. 

Jangan sampai tak reti nak tanya, prinsip dalam Kabinet kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak faham tanya lagi,” tegasnya.

Shahrir turut ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Ku Li itu, bagaimanapun beliau hanya menyifatkan ia sebagai dakwaan semata-mata. 
- Sumber

#Isu berkaitan KLIKSINI

5 comments :

  1. Kalau semua menteri tak paham, semua kena letak jawatan ? Gitu ? Ke yg buat org tak paham yg patut letak jawatan ?

    ReplyDelete
  2. Bodek lebih dia nie.. Sok2 kalau ade menteri letak jawatan dia boleh isi..

    Kalau x ubah jugak.. aku pangkah PAS la PRU akan datang..

    ReplyDelete
  3. 1MDB... keputusan dan perlaksanaan, one man show ke sebelum ini (?)

    ReplyDelete
  4. Zaman Shahrir Samad ni jadi Menteri Kepenggunaan dulu, harga petrol naik sampai RM 2.78, lepas tu isu harga tunggang langgang, sebab tu dia jadi menteri sekejap sahaja, hanya tau cakap merapu, tapi tak tau buat kerja, kalau bab membodek, dialah juara segala juaranya.

    ReplyDelete
  5. Kepada Ketua Polis Negara, bila nak panggil Najib untuk beri keterangan mengenai isu penipuan keterangan dalam parlimen pada bulan Mac yang lalu?

    Najib beri alasan silap maklumat, sampai orang heboh sebulan lebih pasal hal itu, takkan masih tak sedar? Dah jadi macam DAP jugakah, lihat DAP, buat pemilihan CEC mereka, sampai 19 hari kira kertas undi yang hanya jumlahnya lebih sikit 1800 kertas undi sahaja, 19 hari ambil masa untuk mengira kertas undi yang jumlahnya sikit itu.

    Najib pun nak jadi macam DAP jugakah?

    Najib memang tak boleh dipercayai, kalau buat tinjauan rambang, populariti Najib sekarang ni mungkin rendah dari 5% sahaja, itu pun pengampu dan pembodek Najib yang menyatakan mereka sokong Najib, sedangkan rakyat umum tak sokong Najib pun.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.