Sokongan kuat anggota parti kepada pemimpin juga dikatakan masih relevan pada hari ini ketika parti berdepan persekitaran lebih mencabar dan menguji perjuangan parti.
Pemimpin datang dan pemimpin pergi tetapi kalau parti masih kuat perjuangan masih (dapat) diteruskan.
Itulah antara kata-kata yang dilahirkan oleh Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-69 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat yang menjadi dorongan kepadanya selama 40 tahun mengabdikan diri dalam politik.
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO itu berkata beliau akan meneruskan semua dasar yang dilaksana bagi membantu rakyat walaupun ada antaranya disifatkan tidak popular.
Namun beliau yakin ia akan memberi kesan positif kepada rakyat dan negara pada jangka panjang.
“Bila saya mengambil alih kepimpinan negara, saya telah memilih slogan ‘1Malaysia – Rakyat Didahulukan (Pencapaian Diutamakan) dan saya mesti mengingatkan diri saya bahawa rakyat mesti didahulukan.
“Apabila rakyat senang dengan parti kita dan kerajaan, apabila program kita sampai kepada rakyat … dalam apa jua keadaan, perjuangan saya adalah untuk mereka yang mahukan Malaysia maju dan adil,” tambahnya lagi
Najib menjelaskan bahawa antara matlamat perjuangannya adalah untuk menjaga kebajikan rakyat seperti menyediakan rumah mampu milik, merapatkan jurang pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menangani kos sara hidup rakyat.
Katanya, kejayaan UMNO juga bukan hanya bergantung kepada anggotanya sahaja malah rakyat secara keseluruhannya yang menilai setiap gerak geri dan keputusan yang dibuat parti itu.
“Ingatlah bahawa sebagai parti yang mengamalkan demokrasi pada akhirnya rakyatlah yang menentukan kita semua.
“Sambil saya sanjung tinggi lafaz sokongan anggota Majlis Tertinggi UMNO (kepada saya), saya sedar dengan segala rendah diri bahawa saya perlu memimpin sebuah parti yang mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan situasi sekarang, UMNO perlu menyesuaikan diri untuk survival masa kini dan akan datang.
“Umpamanya, penyebaran maklumat termasuk fitnah yang dahsyat melalui media sosial dan online memperlihatkan persekitaran baharu, persepsi yang lebih daripada realiti,” katanya.
Presiden UMNO itu turut mengingatkan anggota parti supaya bersatu dan sentiasa mendahulukan parti kerana dengan cara itu parti akan menjadi lebih kuat dan dapat meneruskan perjuangannya.
“. Saya kata kuat parti mesti ada kuasa kerana kalau kita tidak ada kuasa ia tiada erti,” katanya.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam sebagai yang terbaik pernah diadakan.
Katanya, walaupun pelbagai khabar angin dan adu domba mengenai hubungan dan perpaduan antara pimpinan parti itu, namun anggota MT telah mempamerkan kematangan dengan memberi sokongan terhadap Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
“Ini juga harapan saya, semoga kalau kita mempunyai barisan pemimpin yang serasi, percaya antara satu sama lain, ini akan menjadi isyarat jelas bahawa kalau di atas kukuh, di bawah pun akan padu dalam ikatan sempurna,” katanya.

#MP : Selamat menyambut ulang tahun UMNO Ke-69
0 comments:
Post a Comment