Pada 20 Julai 2009, FELDA telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku bertajuk "FELDA. Dulu tolong Sekarang Ah Long" dan mendakwa buku yang di terbitkan mereka itu adalah fitnah dengan mengatakan lembaga itu adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
FELDA dalam kenyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan FELDA bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.
Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi memerintahkan Mazlan Aliman juga sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dan syarikat buku terbabit, membayar RM350,000 bagi ganti rugi am dan teruk kepada FELDA kerana bersalah memfitnah lembaga berkenaan dalam sebuah buku.
Hakim, Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda
Selain itu, hakim juga mengarahkan kedua-dua mereka dapat memberikan butir-butir penjualan buku serta membayar keuntungan daripada jualan buku tersebut termasuk faedah 8% dari tarikh buku dijual sehingga tarikh keputusan kepada FELDA.
Hanipa Mahidin sebagai peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. tidak hadir di Mahkamah untuk mendengar keputusan ini.
0 comments:
Post a Comment