Menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad, tawaran faedah tersebut terbuka untuk semua anak peneroka yang mendapat pinjaman PTPTN bermula 1 Januari 2014.
“Langkah ini diambil sebagai satu insentif bagi memastikan lebih ramai anak peneroka FELDA terus menyambung pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama serta mengurangkan tanggungan bayaran balik mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi turut memberitahu bahawa perjanjian bersama memorandum persefahaman yang telah selesai ditandatangani antara FELDA dan PTPTN baru-baru ini, merupakan satu strategi lautan biru antara kedua-dua pihak.
“Dulu Perdana Menteri pernah menyatakan supaya FELDA memikirkan cara bagi pemberian bantuan kepada anak muda dan ini merupakan cara yang kita fikirkan terbaik",jelas beliau.
Tambahnya lagi, untuk tahun ini, FELDA telah membelanjakan pembiayaan bayaran balik PTPTN sebanyak RM16 juta yang membabitkan 1825 pelajar baru.
“Dengan adanya kerjasama ini juga, tentunya akan lebih ramai anak muda dapat kemudahan ini,” kata Datuk Hanapi Suhada.
Memorandum persefahaman FELDA dengan PTPTN ditandatangani oleh Pengarah Besar FELDA Datuk Hanapi Suhada dan Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan.
0 comments:
Post a Comment