RM2.6 wang 1MDB?

2 Mei 2015

#PRKRompin : Pembangkang Sanggup Racuni Fikiran Generasi Felda - Datuk Ehsanuddin


Cubaan puak-puak pimpinan pembangkang khususnya PAS meracuni fikiran Generasi Baru FELDA dengan isu Perumahan Generasi Baru FELDA baru-baru ini turut mendapat perhatian Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid, yang juga Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

Beliau menjawab dalam satu taklimat Rumah PGBF dewan Semai Bakti..berkata, segala hasutan yang dilemparkan oleh puak pembangkang, tidak lain dan hanya semata-mata berniat ingin meraih undi hingga sanggup meracuni pemikiran generasi Felda pada hari ini.

Menurut beliau, rumah untuk belia FELDA sudah siap di Felda Selendang 1 sebanyak 300 unit dan konsepnya ialah "Sewa dan Beli" selepas 5 tahun yang mana ia merujuk kepada syarat dan kemampuan yang FELDA akan pertimbangkan..

"PAS perlu bandingkan projek PGBF ini dengan perumahan yang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan barulah adil.. Bukan hanya tahu racun fikiran tanpa memberi kaedah penyelesaian yang lebih baik." katanya.

Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat bukan bermatlamatkan keuntungan dan bukan untuk dijual semata-mata tetapi hanya untuk belia FELDA memiliki rumah...

Katanya, "Saiz rumah yang ditawarkan ialah 1000 kaki perseki dan ia memadai untuk belia Felda dan selesa... Tujuan 1000 kaki persegi ini dibuat adalah untuk memudahkan belia FELDA agar tidak keluarkan duit dalam masa beberapa tahun untuk besarkan rumah." 

Belia FELDA seharusnya bersyukur dahulu rumah FELDA tidaklah sebesar macam perancangan PGFB..atas ini rumah...jika hendak dibandingkan sekarang ianya lebih besar dan selesa...dahulu atuk nenek mereka rumah kecil sahaja..tengok sahaja hari ini..80% rumah Felda sudah besar..kalau nak sapu 1 rumah tu penat juga, tambahnya lagi.

Perancangan PGBF ini menetapkan 4 syarat untuk membeli rumah iaitu :

1) Penyewa/bakal pembeli wajib duduk rumah itu. 
2) Penyewa perlu disiplin bayar sewa setiap bulan (sbb bayaran bulanan ini akan dilihat oleh Bank dan Felda sbg slip gaji). 
3) Selenggara rumah dgn baik. 
4) Penyewa perlu sistematik bayar selama 5 tahun akan dikira sebagai layak membeli umah & mohon loan bank.

"Carilah kat luar sana, mana ada system “Sewa dan Beli” yang dibuat seperti FELDA.. Kalau ditanya kat luar sana pasti ramai yang rasa rugi tidak dilahirkan sebagai generasi FELDA… PAS apa tahu… Hanya tahu cipta keburukan sahaja." ujar beliau,

Pembangkang turut mempertikaikan tentang kenaikan harga rumah yang dahulunya dijanjikan dengan nilai harga RM 70,000 dan kenapa kini dinaikkan.

Datuk Ehsanuddin menjelaskan bahawa projek ini bukan Rumah Sentuhan Kasih kerana prasarana PGBF lebih lengkap dengan kelengkapan pencawang elektrik, jalan tar, paip air dan sebagainya.. 

"Para belia tidak perlu risau tentang loan. Mereka hanya perlu membuat bayaran bulan secara sistematik dan tidak pernah tertinggal bayaran maka pihak bank akan kira sebagai approve loan sebagai bukti pay slip" jelasnya.

Pada masa yang sama, belia FELDA dikatakan lebih beruntung kerana dalam tempoh sewaan 5 tahun, harga tidak akan dinaikkan dan yang lebih istimewanya rumah akan dijual dengan harga kos dan bayaran bulanan yang mereka bayar selama 5 tahun itu dikira sebagai pembayaran untuk memiliki rumah sedia ada. 

"Secara mudahnya selepas 5 tahun, belia ini hanya membayar baki harga rumah mereka selepas mereka membayar selama 5 tahun..untungkan jadi orang Felda?" tambahnya.


Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.