Anak syarikat FGVH yang juga pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mencetuskan satu lagi inovasi terbaru dimana tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar akan dicipta menjadi 'Palet' sebagai sumber bahan api yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV), pada masa akan datang.
GAMBAR BERSAMA: DARI kiri,
Ketua Kounsil FGVH Abu Bakar Isa Ramat, Palaniappan, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGVH Mohd Emir Mavani Abdullah, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg,
Pengarah Urusan ECN China Levien de Legé dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVAT
Syed Salim Syed Ali di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama FGVH-ECN
di Kuala Lumpur, kelmarin.
Sepertiman kenyataan Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, dengan teknologi TORWASH itu, ia boleh mengubah tandan kosong kepada 'Palet' sebagai bahan bakar berkualiti tinggi yang dikatakan boleh menghasilkan tenaga letrik.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg berkata, teknologi yang mereka bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama.
Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” jelasnya lagi.
"Perolehan global industri tenaga masih boleh diperbaharui dan terbukti dengan pertumbuhan perolehan global sebanyak AS$40 bilion pada 2004 dan terus menunjukkan peningkatan yang amat besar mencecah AS$300 bilion pada tahun lalu," tambahnya.
FGVH turut menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk pelet bahan api berkualiti tinggi ini dan untuk permulaan, ia mengintai peluang untuk menembusi Korea Selatan dan Jepun dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon yang semakin meningkat penggunaannya diperingkat antarabangsa.
Selari dengan aspirasi global FGVH untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan menguntungkan, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.
Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun.
Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar ini akan di ubah menjadi sumber bahan api ataupun 'Palet' yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV).
Menerusi program ini dipahamkan, semua Harta Intelek (IP) dan kajian yang dihasilkan akan menjadi hak milik bersama FGVH dan ECN.- Sumber
..............................................................................................
|
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan dan FELDA tidak duduk daiam usaha mencorak masa depannya apabila terbentuk satu lagi inovasi terbaru dimana memberi nilai tambah pada industri sawit melalui industri hiliran dengan menghasilkan 'Palet' berasaskan tandan kosong yang selama ini terbuang begitu saja... Kejayaan ini, tentu sekali dapat membantu meningkatkan pendapatan pemain industri sawit negara, khususnya warga FELDA.
Ia jauh sekali kalau nak kita bandingkan dengan tingkah laku puak-puak parti pembangkang yang hanya sentiasa kesana kemari menyalak menghasud rakyat dengan fitnah dan dakyah. Habuk pun takde!
Kononnya nak menyelamatkan masyarakat FELDA... Apa yang nak diselamatkannya?
Ia jauh sekali kalau nak kita bandingkan dengan tingkah laku puak-puak parti pembangkang yang hanya sentiasa kesana kemari menyalak menghasud rakyat dengan fitnah dan dakyah. Habuk pun takde!
Kononnya nak menyelamatkan masyarakat FELDA... Apa yang nak diselamatkannya?
0 comments:
Post a Comment