#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 May 2015

TUN M : "Bila orang terima BR1M, mereka suka.." kata Setiausaha Agung MCA


Sejak dari awal pelaksanaan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hinggalah hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti menunjukkan tentangannya terhadap skim itu dengan mengemukakan pelbagai kenyataan dan alasan.

Baru-baru ini juga, beliau  mendakwa pemberian BR1M turut memalaskan rakyat.
   Antara yang terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Bicara Negara di Ipoh, kelmarin sekali lagi membangkitkan isu BR1M dengan satu kenyataan mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

Namun, dakwaan tersebut ditolak pihak MCA dan menganggap ianya suatu pandangan yang tidak berasas.

Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

"Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian, perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir." kata Datuk Seri Ong.

"Kalau hendak menjadikan kenyataan ini benar, perlu disokong dengan angka," tambah beliau ketika ditemui media di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur,semalam.

Berhubung dakwaan dimana pemberian BR1M itu satu rasuah, beliau berkata sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar cakap dari kaum Cina mengatakan ianya satu rasuah.

"Saya tidak pernah dengar cakap-cakap (rasuah) sedemikian daripada penerima. Orang yang tidak terima boleh cakap macam-macam. Orang yang menerima, saya tidak pernah dengar mereka kata itu rasuah.

"Orang yang terima, pandangannya tepat. Orang yang tidak terima mungkin iri hati. Itu tidak tepat. Tanya pada orang yang menerima.

"Ia menjadi satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup, BR1M bukan sahaja di amalkan di Malaysia... Tetapi juga di negara maju seperti Hong Kong dan Taiwan juga buat."

Tujuannya sama, untuk ekonomi aktif,” katanya.

Berbalik kepada soal penerimaan BR1M oleh kaum Cina yang layak, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata...

"Bila orang terima BR1M, mereka suka.... Contohnya di kawasan saya, tahun pertama saya serah dengan tangan saya, semua terima, semua suka. Itu pandangan saya," jelasnya yang juga ahli Parlimen Tanjung Malim.



3 comments :

  1. Br1m hasilnya tsunami cina...

    ReplyDelete
  2. Dok kena tipu dek Nwar Brahim... Tu yg tsunami tu...

    ReplyDelete
  3. Ahhh, bagi salah. Tak bagi pun salah... Poning palo lah!

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.