#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 May 2015

#BR1M : Jangan sebarang cakap... Jangan sebarang dengar!


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menjelaskan niat kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

“Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.

Kenyataan Najib, yang juga Menteri Kewangan itu dilihat sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa pemberian BR1M memalaskan rakyat.

“Saya nak tanya tuan-tuan berapa ramai yang terima BR1M, adakah BR1M membuatkan anda pemalas? Adakah anda hendak BR1M diteruskan? Siapa tak mahu BR1M boleh pulangkan,” kata Najib, sambil disambut dengan sorakan oleh kira-kira 15,000 orang yang hadir pada majlis itu.


Beliau berharap pemberian BR1M tidak disalahgunakan dengan membeli rokok seumpamanya tetapi digunakan untuk membeli keperluan asas seperti susu dan beras.

“Kita (kerajaan) naikkan harga minyak (sebab) kita nak kurangkan subsidi. Bila harga minyak rendah, siapa untung? Penduduk untung tetapi ada ketirisan, jadi bila bagi BR1M, kita bagi kepada golongan yang betul dan tiada ketirisan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata kebaikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dapat dilihat terutamanya menerusi pertambahan hasil dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang bermula tahun depan dan seterusnya.

“Kalau kita (negara) tambah hasil, saya akan bentang dalam Belanjawan Negara supaya rakyat tahu apa hasilnya.

“Sudah 160 negara telah melaksanakannya. Tanpa GST, ramai orang akan mengelak daripada membayar cukai, jadi janganlah kita dengar hasutan pelbagai pihak,” katanya sambil menyatakan kerajaan akan perbaiki pelaksanaan GST dari semasa ke semasa. – Bernama

8 comments :

  1. BR1M banyak membantu orang yg kurang berkemampuan seperti warga emas, ibu tunggal, pesakit, yatim piatu, oku dan lain2 lagi. Ia patut diteruskan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. siapa yg tak mau br1m sila jangan ambil sebab korang semua rajin2 & dah banyak duit.. biar yg malas je ambil duit tu. Kepada yg betul2 memerlukannya aku yakin mereka amat bersyukur dgn wang itu. Di zaman Tun dulu tak merasa pemberian mcm tu.. teruskan br1m..

    ReplyDelete
  3. Main kira2. Kejap.... Brim setahun RM950.= lebih kurang RM80 sebulan. RM80 sebulan tu kalaulah merupakan 6% GST adalah untuk perbelanjaan lebih kurang RM1300 . Kalaulah org kata GST menindas rakyat miskin...ambil kira aja kerajaan telah bayarkan GST untuk penerima BRIm yng merupakan rakyat biasa. Iyupun sebenarnya berlebihan sebab rakyat miskin tak makan kfc atau pizza...mereka makan bahan asas yg tak satupun kena GST. Jadi kalau dah tak kena gst maka duit tu gunalah untuk pembelian bulanan spry ubat gigi... Tuala wanita atau apa saja yg kena gst. Lebih tu anggaplah kerajaan tampung buat jariah untuk rakyat miskin. Yg bising siapa?.... Orang kaya sebenarnya...sebab tak dapat...dan dok pikir perut sendiri jer... TUN pun nampaknya mcm sama...takkan TUN dah bleh nak buat kiraan mudah kat atas? Pandai lagi aku rakyat miskin nampaknya.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak pernah menerima BRIM. Saya hairan bagaimana pemberian BRIM ini dilaksanakan kerana orang yang sepatutnya tidak layak menerima telah pun menerima bantuan ini. Boss saya yang berpendapatan tinggi dengan rumah dan kereta mewah masih berjaya menperolehi bantuan BRIM ini. Bukanlah kerana dengki dan irihati dengan BRIM yang diterimanya tapi sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Masih ramai di luar sana yang masih kais pagi makan pagi. Sebab itulah saya rasa pelaksanaan BRIM ni tak berjalan dengan sepatutnya dan perlu dihentikan sahaja, biar pejabat zakat yang uruskan bantuan untuk mereka yang memerlukan....

    ReplyDelete
  5. Zakat dari baitul mal, walhal BR1M dari kerajaan persekutuan . x sama. Kalau bos kau kaya raya tapi dpt BR1M maknanya bos kau tipu pendapatan. Dalam borang permohonan ada isi jumlah pendapatan isi rumah RM4 k ke bawah dn bujang RM2k. Sebaiknya kau tanya dia, kenapa dia mohon kalau dia kaya. Ataupun kau repot kat Lembaga hasil.

    ReplyDelete
  6. Sokong ribu2 peratus anon 8.35

    ReplyDelete
  7. Kerajaan bagi BRIM baik. Tapi ambil balik lebih dari BRIM melalui cukai GST setiap bulan. Akhirnya BRIM macam tak ada makna.

    ReplyDelete
  8. Anon 2:12.... Komen saya kat atas... Kiraan mudah. Kan saya ada kata brap persen sangat brim kalaulah di ambil balik dalam bentuk cukai... Ceritanya brim ni hanyalah safety net. Kerajaan bukan bagi duit nak enjoy..tp nak kurangkan beban walaupun sedikit. Brim yg diperolehi adalah mengimbal semula jurang yg terdapat antara rakyat biasa dengan mereka yg ada lebih wang. Maksud aku kalau sebelum ni semua org dapat subsidi... Dengan brim..kerajaan agihkan subaidi dlm bemtuk brim kepada golongan sasaran. Mmg lah kecil..tapi nila pengkalan data telah mantap... Pengagihanbsubsidi akan lebih baik iaitu hanya golongan tertentu akan menerimanya.... Mcm akulah bertahun mengalami kepayahan ... Tahun pertama nrim aku tak ambil.. Sebab rasa mcm tak layak... Tahun kedua aku mohon dan menerimanya... Tahun ketiga.. Akubtrlahbtidak layak secara automatik..kerana apa? Kerana pengkalan data melaporkan aku tidak lagi layak menerima.... Itu ajer. The keyword is.... Pengagihanbsunsidi kepada golongan sasar. Susah ker Tun nak faham dan rakyat kita menerimanhakikat itu? Hakikat ramainya golongan yg tak layak untuk subsidi tapi masih mahu buncitkan perut.....

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.