GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel
Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...
PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.
"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...
Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar
"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee
PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin
"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...
"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor
Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...
#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak
Showing posts with label MELAYU BUMI. Show all posts
Showing posts with label MELAYU BUMI. Show all posts
5 December 2018
#BantahICERD : "Beta sudah sedia!” - TMJ
08:58
COMONGGO, DAP, ICERD-812, JDT, MELAYU BUMI, PAS, Politik Johor, POLITIK SEMASA, Tun M, UMNO
3 comments
Mejar Jeneral Tunku Ismail
1. “Bila kaum sudah tidak saling menghormati, maka akan timbul masalah.. Tapi apapun, Beta sudah sedia!”
2. Ini adalah amaran keras dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail kepada mereka yang masih keras kepala ingin mencabar kedudukan orang Melayu di negara ini.
3. Golongan yang tidak tahu bersyukur ini berlagak seperti tanah ini tiada Raja, seperti Malaysia ini mereka yang punya.
4. Baru beberapa bulan menang pilihanraya, sudah mahu menghapuskan hak orang Melayu yang asalnya dari beribu-ribu tahun dahulu.
5. Amaran keras dari Tunku Mahkota Johor ini juga menandakan bahawa Institusi Beraja sedang murka dan tidak akan berdiam diri jika hak Melayu dicabar.
6. Ia juga adalah tanda sokongan Baginda kepada orang Melayu yang kini sedang bangkit untuk menentang agenda jahat seperti ICERD.
7. Daulat Tuanku. Kami sebagai rakyat akan menjunjung titah Tuanku dan akan bersama-sama menjadi benteng mempertahankan institusi kedaulatan Melayu dari sebarang ancaman.
4 December 2018
#BantahICERD : 8 Sebab Himpunan 812
8 SEBAB KENAPA PERLU SERTAI HIMPUNAN UMMAH 8 DISEMBER 2018
Ayuh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik untuk kita turun beramai-ramai dan berhimpun secara aman pada 8 Disember ini dengan berpakaian putih dan mengibarkan jalur gemilang bagi tujuan berikut:
1. Mensyukuri kejayaan membantah ICERD yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mampu meruntuhkan 61 tahun keharmonian kaum di Malaysia.
2. Menolak sebarang usaha Kerajaan PH untuk meratifikasi Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa lain berkenaan Hak Asasi Manusia yang tidak secocok dengan acuan Malaysia yang berpaksikan Islam, martabat Bumiputera dengan keunikan pelbagai agama dan bangsa.
3. Membantah segala dasar Kerajaan PH yang membelakangi prinsip Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
4. Menyanggah pendirian PH yang lebih mengutamakan janji-janji manifesto berkaitan ratifikasi ICERD dan Konvensyen Hak Asasi Manusia yang lain berbanding janji-janji yang menyentuh kepentingan rakyat.
5. Meluahkan rasa terkilan dan dukacita terhadap kegagalan Kerajaan PH menunaikan janji-janji Manifesto PRU14 lalu berkaitan kehidupan rakyat termasuklah janji berkaitan PTPTN, pemansuhan tol, penurunan harga minyak dan meringankan kos sara hidup rakyat.
6. Mempamerkan semangat patriotik dan kecintaan kita sebagai rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa yang mengutamakan keamanan dan kehormonian.
7. Menentang keras sebarang bentuk ancaman dan cubaan memainkan sentimen perkauman dan agama di kalangan rakyat sekaligus menjunjung kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kekuatan negara selama ini.
8. Menzahirkan semangat solidariti rakyat Malaysia yang mendambakan penyatuan ummah dan pemerkasaan integrasi kaum bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan negara sejak merdeka lagi.
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
3 Disember 2018
8 May 2018
#PRU14 : Perutusan Khas Dato' Sri Najib Tun Razak
Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke 14, Dato’ Sri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanat beliau dalam Perutusan Khas sempena PRU14 yang akan disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan serta di laman Facebook rasmi
Najib Razak di www.facebook.com/NajibRazak
pada 8 Mei, jam 10 malam ini.
pada 8 Mei, jam 10 malam ini.
20 April 2017
#FELDA #FGVH tak terbina dan berjaya ditangan pembangkang
Terdapat dakwaan kononnya peneroka Felda sudah kehilangan wang berikutan penyenaraian FGV dan harga saham menurun.
Saham FGV disenaraikan pada harga RM4.55 dan sebaik sahaja selepas penyenaraian, ia melonjak sehingga RM5.46. Ia kekal melepasi harga IPO untuk 9 bulan sebelum menyusut berikutan harga minyak sawit dunia menurun dan pengeluaran yang berkurangan akibat dari El Nino yang menyebabkan kemarau dan cuaca panas yang luar biasa.
Hari ini harga saham FGV adalah RM2.05.
Sebaik penyenaraian, Felda meraih kira-kira RM5.5 bilion. Satu pertiga darinya atau RM1.7 bilion terus disalurkan kepada peneroka melalui bonus ‘durian runtuh’ sebanyak RM15,000 bagi setiap keluarga.
Setiap keluarga juga diberikan pinjaman tanpa faedah di mana mereka hanya membayar RM50 sebulan untuk tempoh 72 bulan bagi melanggan 800 saham FGV, atau kos sebanyak RM3,640 bagi setiap keluarga.
Sejak disenaraikan, FGV telah membayar 8 dividen berjumlah 44 sen setiap saham, pulangan sebanyak RM352 bagi 800 saham terbabit.
Selain itu, ketika penyenaraian FGV, Felda dan anak syarikatnya memegang hampir 730 juta saham dalam FGV. Daripada dividen 44 sen sahaja, ia menerima RM320 juta. Jumlah ini turut diagihkan kepada peneroka sehingga RM2,200 setiap keluarga.
Koperasi Permodalan Felda turut diberikan sejumlah wang dan 200 juta saham semasa penyenaraian FGV. KPF juga menerima sekurang-kurangnya RM90 juta dalam bentuk dividen. Selain itu, KPF juga menerima wang RM2.2 bilion dari FGV selepas penjualan 51% saham Felda Holdings kepada FGV.
Maka, dari penyenaraian FGV itu, peneroka menerima manfaat berikut:
1. RM15,000 dalam bentuk bonus
2. RM2,000 (daripada 800 saham biarpun harga menurun dari RM4.55 kepada RM2.05)
3. RM352 dividen diterima
4. RM2,200 bayaran dari Felda sebagai dividen FGV
5. Jumlah yang diagihkan oleh KPF dengan keluarga peneroka
Maka, sehingga kini, peneroka telah menerima perolehan sekurang-kurangnya RM15,552 setiap keluarga, dan bukannya rugi. Ini tidak termasuk berapa yang diagihkan oleh KPF dengan peneroka.
Wang ini tidak mungkin diperolehi tanpa penyenaraian FGV.
Ini adalah tambahan kepada bonus insentif tetap yang diberikan bagi produktiviti dan Hari Raya yang dibayar terus oleh Felda, dengan kali terakhir adalah antara RM300 hingga RM800 bagi setiap keluarga pada Januari 2017 dan bonus RM500 bagi bonus Hari Raya pada Jun 2016.
Disebalik hasutan berterusan pembangkang kononnya peneroka Felda mengalami kerugian, ia sebenarnya adalah fitnah untuk mengapikan kemarahaan orangramai untuk kepentingan politik mereka kerana kononnya peneroka kehilangan wang akibat dari penyenaraian FGV dan penyusutan harga saham.
Peneroka sebaliknya memperoleh ganjaran daripada penyenaraian itu, bukan kerugian.
Pembangkang tidak pernah henti untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai fitnah dan penipuan.
LSS.
12 August 2015
SURAT TERBUKA: Amarah yg akhirnya akan merugikan kita - Prof. Ridhuan Tee
Atas dasar itu, ketaatan kepada pemimpin merupakan keniscayaan bagi tegak dan utuhnya suatu negara. Bahkan, dasar dari ketertiban dan keteraturan adalah ketaatan.
Rasulullah s.a.w selalu menekankan kepada umatnya untuk selalu taat kepada pemimpin dalam batas-batas syari’atnya.
Rasulullah s.a.w selalu menekankan kepada umatnya untuk selalu taat kepada pemimpin dalam batas-batas syari’atnya.
Nash-nash syarat yang berbicara tentang ketaatan kepada pemimpinan jumlahnya sangat banyak. Di dalam al-Qur’an Allah SWT berfirman:
Dari Ibnu ‘Umar ra dari Nabi Saw, beliau Saw bersabda:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan RasulNya, serta pemimpin diantara kalian.” (Qs. an-Nisâ’ [5]: 59)Ketaatan kepada pemimpin juga banyak disentuh di dalam sunnah. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Dari Ibnu ‘Umar ra dari Nabi Saw, beliau Saw bersabda:
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” (HR. Bukhari dan Muslim)Menjadi kewajipan bagi setiap Muslim... Sebagai warga negara Malaysia, bangsa Melayu beragamakan Islam... Wajib kita pertimbangkannya. Apa dan bagaimanakah negara kita ini? Siapa pemimpin serta keadaan kita sebagai rakyat yang dipimpin...
"Namun, lain orang, tentu ada seleranya.. Lain cara, pasti lainlah gayanya..."\
Dalam hal ini, MP kongsikan bersama rakan pembaca. Satu catatan dan surat terbuka untuk umat Islam Malaysia oleh Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Namun apa pun cerita dan pendapatnya. Tepuklah dada.. tanya selera. Buat baik, kita dijanjikan kebaikan. Bertindak jahat, pasti akan menerima siksa.
Wallahualam..
SURAT TERBUKA UTK UMAT ISLAM MALAYSIA
1. Sejak mengambil alih jawatan sbg PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.
2. Dalam kemelut dan situasi politik yg berlaku sekarang kami sebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat drp sudut persepsi serantau.
3. Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yg sedang berlegar drp dulu hingga kepada kemelut mutakhir yg sedang berlaku.
4. PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yg lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yg sepatutnya.
5. Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. DS Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yg berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.
6. Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu. Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.
7. PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa didiskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.
8. Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.
Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.
9. Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib. PM Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.
10. Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan drp pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).11. Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yg mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.
12. Baik, drp sudut logik ini, jika kami seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kpd sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?
13. Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana.14. Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.
Ingatlah saudara-saudaraku bhw kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yg segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.
15. Mungkin PM Najib bukanlah PM yg terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang drp segala sudut yg akhirnya akan merugikan kita.
16. Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yg membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yg terakhir itu.
Sdra-sdra mungkin boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan kami namun gunakan rasionalisme dlm membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yg akhirnya akan merugikan kita semua.
- Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah
21 July 2015
Agenda Pembangkang Jadikan Malaysia 'Proksi Si Dajjal'
14:35
BERSIH 2.0, COMONGGO, DAP, HUDUD, MELAYU BUMI, PAS, PEMBANGKANG, PKR, POLITIK SEMASA
2 comments
Satu lagi nukilan dari rakan blogger RMF yang menarik minat MP dan ingin sekali dikongsikan kepada pembaca sekelian. Untuk sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan bagi pertahankan agama dan negara kita Malaysia agar teru aman, makmur dan sejahtera.
Analisis Agenda Sulit –Malaysia Negara Terakhir Melayu Islam Yang MESTI Jatuh ditangan DAP/PKR dan USA/Israel
Jika tarikh 3 March 1946 merupakan titik hitam Melayu Idonesia sujud dikaki Sosialis dan memusnahkan sistem beraja dan Melayu Islam serta keagongannya. Malaysia kini menunggu masa untuk menghitung hari dan nasib Melayu dan Islam dalam negara ini.
Masanya akan tiba jika Melayu yang bijak berpolitik isu tapi tidak pernah tahu menkaji tentang agenda politik akan menanggis kehilangan segalanya. Politik bukan sekadar memerintah tetapi lebih daripada itu.
Kini, ketiadaan Anwar Ibrahim dipersada politik negara telah mendominasikan DAP sebagai GOD FATHER kepada kedua dua parti politik Melayu yang kini menjadi kuda tunggangan untuk mencapai cita cita Zionist yang terancang begitu lama dan berpusat di Singapura.
Rancangan yang sentiasa gagal, kini telah hampir kehujung terowong untuk memusnahkan legasi Islam Melayu dinusantara kemelayuan dimana Malaysia merupakan negara terakhir yang belum menjadi proksi si dajjal.
PAS dan PKR berusaha gigih melalui PASMA dan PKR untuk memastikan kemusnahan yang mereka impikan selama ini akan tercapai. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk memastikan Malaysia bukan lagi diminasikan Islam Melayu tetapi didominasikan kesamarataan dalam segalannya.
Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Perkara sedemikian langsung tidak wujud didalam sanubari insan yang berjiwa pembangkang yang mana lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup mengenepikan soal persaudaraan sesama Islam.
Dalam hal yang demikian kita melihat dari pandangan jauh dan kejadian yang sedang berlaku diserata dunia ini. Bagaimana umat Islam dihancurkan dengan kepelbagaian cara. Pernahkah kita terfikir bagaimana bermula nya kisah penghancuran umat Islam ini.
Semuanya bermula dengan propaganda ideologi yang diserapkan keatas umat Islam... Untuk ketahui kisah selanjutnya KLIKSINI
16 May 2015
#BR1M : Jangan sebarang cakap... Jangan sebarang dengar!
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan untuk memalaskan rakyat tetapi merupakan jaringan sosial rakyat dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menjelaskan niat kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
“Ini bukan cadangan saya, ia cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk tolong 40 peratus rakyat (berpendapatan rendah), bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.
Kenyataan Najib, yang juga Menteri Kewangan itu dilihat sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang mendakwa pemberian BR1M memalaskan rakyat.
“Saya nak tanya tuan-tuan berapa ramai yang terima BR1M, adakah BR1M membuatkan anda pemalas? Adakah anda hendak BR1M diteruskan? Siapa tak mahu BR1M boleh pulangkan,” kata Najib, sambil disambut dengan sorakan oleh kira-kira 15,000 orang yang hadir pada majlis itu.
Beliau berharap pemberian BR1M tidak disalahgunakan dengan membeli rokok seumpamanya tetapi digunakan untuk membeli keperluan asas seperti susu dan beras.
“Kita (kerajaan) naikkan harga minyak (sebab) kita nak kurangkan subsidi. Bila harga minyak rendah, siapa untung? Penduduk untung tetapi ada ketirisan, jadi bila bagi BR1M, kita bagi kepada golongan yang betul dan tiada ketirisan,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kebaikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dapat dilihat terutamanya menerusi pertambahan hasil dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang bermula tahun depan dan seterusnya.
“Kalau kita (negara) tambah hasil, saya akan bentang dalam Belanjawan Negara supaya rakyat tahu apa hasilnya.
“Sudah 160 negara telah melaksanakannya. Tanpa GST, ramai orang akan mengelak daripada membayar cukai, jadi janganlah kita dengar hasutan pelbagai pihak,” katanya sambil menyatakan kerajaan akan perbaiki pelaksanaan GST dari semasa ke semasa. – Bernama
5 May 2015
FELDA : WAJIB BACA : Khas Untuk Mu Pengundi #PRKRompin... KLIKSINI!
02:30
FELDA, MANIFESTO BN, MELAYU BUMI, PAS, PEMBANGKANG, POLITIK SEMASA, PRK-Rompin, UMNO, YYMESRA
No comments
Hari ini adalah hari penentuan siapa yang akan menjadi pilihan pengundi kerusi Parlimen Rompin selepas mengharungi kempen selama 13 hari.
PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Pas, Nazri Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin.
SIAPA PILIHAN HATI RAKYAT DI PARLIMEN ROMPIN?
Semangat yang di tunjukkan Barisan Nasional nampak lebih meyakinkan. Prinsip terus berjuang untuk agama, bangsa dan kemakmuran tanahairnya.



Bagi #PRKRompin kali ini, PAS parti sekutu 'Pakatan Pembangkang' dilihat begitu meluap-luap nafsu mereka mengejar dan memenangi hati pengundi untuk menentang BN di Rompin . Ternyata PAS kekal dengan sifat lamanya, Dari awal dan sepanjang gerakkan kempen mereka, kesana kemari hanya membawa dakyah-dakyah serta melepar tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap lawannya BN.
Namun, apa yang berlaku pada diri dan di kalangan parti serta rakan sekutu mereka...
Tunggang langgang, bagai kapal menanti karam di hempas ombak di lautan.
Berikut, lihatlah kecelaruan cerita mereka bersama keluarga serta sekutu mereka!
Akhirnya....
Inikah calon yang menjadi harapan dijadikan taruhan PAS?
Dimana kononnya ingin ‘menyelamatkan FELDA’.
Rupa-rupanya dalam diam calon pilihan PAS seorang penceroboh haram tanah tadbiran FELDA... Pemimimpin beginikah yang boleh diharap ‘menyelamatkan FELDA’?
Dimana kononnya ingin ‘menyelamatkan FELDA’.
Rupa-rupanya dalam diam calon pilihan PAS seorang penceroboh haram tanah tadbiran FELDA... Pemimimpin beginikah yang boleh diharap ‘menyelamatkan FELDA’?
Adakah mengambil hak warga generasi baharu FELDA juga dianggap PAS sebagai usaha ‘menyelamatkan FELDA’?
Tidak "HARAM" kah tindakannya itu menceroboh tanah orang lain? Tidak 'HARAM' kah dengan mengambil hak generasi baharu FELDA?
Saksikan video dibawah... Ini buktinya!
Saksikan video dibawah... Ini buktinya!
Bagi MP, beginilah tingkah laku mereka sejak dulu.... PAS memang parti yang begitu arif dalam meletakkan hukum haram kepada orang lain, tetapi bila tekena batang hidung sendiri, maka semuanya jadi halal biarpun jelas HARAMnya!
Menjadi tidak pelik jika melihat tindakkan serta sikap puak-puak mereka ini... Bukan lagi sikap, tapi telah menjadi sifat dalam diri mereka yang terbiasa dengan amalan serta berpegang kepada prinsip ‘haram bagimu, halal bagiku’!
Dari itu, apa yang sepatutnya menjadi pilihan???
Berlatar belakangkan sifat parti dan calon seperti itu, apakah PAS mampu dan akan membela rakyat di Parlimen Rompin. Sudah sewajarnya pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan fakta semasa... Bukannya omong kosong dan 'tak berasa' diterima sebagai jaminan masa depan anak cucu dan Parlimen Rompin tetap kekal cemerlang.
Kepada siapa undi seharusnya kita berikan... Pastinya pilihlah, undilah BN bersama calonnya 'Otai Yang Masih Berbisa' iaitu Datuk Hasan Arifin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
SOUTHERN Blogger
-
When Politics Meets Economics: Isham Jalil’s Podcast Homework Problem - It was a refreshing change to see Isham Jalil step away from his usual political commentary and return to economics — after all, economics is his actual ...1 week ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota - *Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan se...1 year ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN - Umno was thrashed once again the other day. It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections. Fourteen of the seats won by the party ...2 years ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA. - Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak amlan LGBT. Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...3 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI - BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada j...4 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...6 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk - Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk6 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!! - Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang...7 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...7 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD.. - Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mana S...8 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH? - PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat ke kerus...8 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017 - Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima rakyat ...9 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat - JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat perhatian Ahl...9 years ago
-
Pemimpin .... - Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya...11 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video. - Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'... Lunyai Khalid Ibrahim dikerjaka...11 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari. - JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU) bermula j...12 years ago
-
MALAYA Blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Poning La TM & AI ni!!!6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
How to Avoid Anavar Side Effects8 years ago
-
Девушка под кроватью8 years ago
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
tom thumb weekly ad frisco tx10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

























































