#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 Januari 2015

PLKN : Dikaji Semula Dan Ditambah Baik


PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan bagi remaja yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri serta mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional selain membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.




Pengerusi PLKN, Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid yang ditemui selepas majlis pengumuman tersebut di Putrajaya, berkata pengumuman itu melibatkan pelatih pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana pengambilan pertama sudahpun selesai.

“Ini langkah penjimatan oleh kerajaan... dan juga peluang yang baik untuk kita kukuhkan struktur yang ada.

“Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus-tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.

Ehsanuddin yang juga AHli Parlimen Kota Tinggi berkata, penangguhan PLKN itu boleh juga memberi rahmat kepada golongan lain, terutama mangsa banjir.

“Mungkin di Kelantan, sementara menungguh Kerajaan membina rumah kekal yang akan mengambil tempoh antara enam hingga sembilan bulan, kem PLKN dapat digunakan sebagai penempatan sementara. Kita boleh meningkatkan kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.

"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini.

Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.



Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.