Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia akan menggantikan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diperkenalkan tahun lalu, di mana orang ramai perlu menjalani dua peperiksaan.
“Perubahan itu dilakukan, selepas kerajaan menerima banyak rungutan daripada orang ramai. Kerajaan prihatin dengan masalah dihadapi rakyat dan mengembalikan sistem lama.
“Ia bukan saja memudahkan orang ramai, malah menjimatkan perbelanjaan,” katanya ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, baru-baru ini.
DS Liow Tiong Lai sempat meninjau keadaan bangunan yang terbakar
dan melihat pelan bangunan baru yang akan dibena.
Ia sekali gus memansuhkan dua peperiksaan berbeza yang perlu diduduki oleh calon ujian memandu sekiranya mereka ingin mendapatkan lesen kenderaan untuk kategori motosikal dan kereta.
Bergambar bersama ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, baru-baru ini. |
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu telah diambil selepas beberapa pihak termasuk institut memandu membuat rayuan berhubung pengenalan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dilaksanakan pada tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment