Tentunya tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat ini akan melanda.
Hinggakan ada mangsa yang terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit dan bangunan-bangunan tinggi akibat kebanyakan kawasan ditenggelami air keparas yang amat mambahayakan.
Lebih sayu melihatkan anak-anak kecil dan orang tua terpaksa tidur tanpa ada khemah dan terdedah kepada kesejukan malam.
Bencana yang melanda turut menenggelami beberapa sekolah pondok. Kemeriahan anak-anak menimba ilmu lenyap dek kerana bencana yang melanda di beberapa negeri yang terlibat.
Namun, kita bersyukur dimana saat-saat tragedi dan bencana seperti ini berlaku, rakyat di seluruh negara menunjukkan tahap solidariti yang tinggi dengan mengetepikan sebarang kepentingan diri mahupun ideologi dalam membantu mangsa.
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia mengambil tanggungjawab membantu dan sempat membuat beberapa tinjauan awal dan menghulurkan bantuan kepada Pondok yang terlibat disekitar negeri-negeri yang dilanda banjir.
Berikut senarai lokasi-lokasi Pondok yang terlibat dilanda banjir KLIK SINI.
Marilah sama-sama kita membantu, sekurang-kurangnya menghulur doa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa di lindungi Allah khendaknya... Amin.
0 comments:
Post a Comment