#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 January 2015

NAHAS KM326.3 PLUS: Siasatan Terperinci Akan Dimulakan - SPAD



Perihatin dan sebagai badan penguat kuasa selain mentadbir hal ehwal pengangkutan awam darat di negara ini... Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat turut mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa serta pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah.


Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran sebuah bas persiaran dan rentung hingga mengorbankan tujuh mangsa dalam kemalangan itu.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.


7 penumpang rentung nahas bas dekat Tapah
Dalam siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Seperti yang dinyatakan pihak SPAD pada kenyataan medianya berkata, pihaknya akan memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dengan kerjasama agensi - agensi yang berkaitan iaitu MIROS, PDRM dan JPJ.


Disamping itu, audit keselamatan akan dijalankan ke atas operasi syarikat yang terlibat dalam kemalangan ini. 

Selanjutnya kenyataan media penuh oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berikutan kemalangan ngeri dan mengorbankan tujuh mangsa yang berlaku berhampiran susur keluar ke Tapah, kelmarin...





0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.