
MCA kini sedang dalam proses mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini juga adalah sebahagian daripada transformasi parti.
"Seperti yang saya katakan dahulu bahawa transformasi parti kita adalah terbuka dan apabila perkara mengenai memilih calon, kita akan membuat kajian melalui proses parti dan juga proses komuniti, yang komuniti juga boleh memberi pandangan mereka mengenai calon kita.
"Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan tetapi proses mengenal pasti calon berwibawa dan berkaliber berjalan berterusan. Ini sebagai sebahagian daripada persediaan parti bagi menghadapi cabaran PRU14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat MCA Parlimen Seremban di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Wee Ka Siong.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata antara kriteria penting pemilihan calon ini ialah mereka yang berkualiti, komited dan berkeperibadian baik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Katanya dalam masa sama, MCA perlu memberi perkhidmatan berterusan di peringkat komuniti dan ini memerlukan kerja berpasukan yang kuat.
"Saya tahu calon itu penting dan kita sentiasa mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan anggota parti dan juga mana-mana individu atau wakil yang boleh kita tonjolkan.
"Tapi struktur parti juga penting dan perlu sentiasa berada di akar umbi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kalau struktur itu tidak kuat dan kukuh, maka susah untuk kita mendapat sokongan. Jadi, kita memerlukan komitmen di semua peringkat," katanya.
Katanya sejak mengambil alih kepimpinan parti, beliau meletakkan PRU14 sebagai agenda utama.
"Malah saya telah tubuhkan satu jawatankuasa induk di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Untuk itu, semua kawasan MCA yang dikenal pasti telah diwujudkan bilik gerakan dan telah pun kita laksanakan apa yang patut kita buat untuk kita hadapi cabaran PRU14.
"Bagi MCA dan Barisan Nasional (BN), PRU14 adalah sangat penting. Oleh itu, kita perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah misi penting untuk kita pastikan kekuatan parti. Kerana itu kita hendaklah sentiasa mendampingi rakyat serta membantu dan memenuhi kehendak mereka," katanya.- BERNAMA
SOUTHERN Blogger
-
Beyond the constraint of Donald Trump's tariff
-
*"My earth is spacious" - Quran Surah Ankabut Verse 56*
On April 2nd, 2025, POTUS Donald Trump announced his reciprocal tariff
strategy in a White House R...
1 month ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota
-
*Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula
bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan
se...
9 months ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN
-
Umno was thrashed once again the other day.
It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections.
Fourteen of the seats won by the party ...
1 year ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA.
-
Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak
amlan LGBT.
Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...
2 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI
-
BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan
mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada j...
3 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
5 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk
-
Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk
5 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya
Lebih Bijak!!!
-
Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja
utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng
pisang...
6 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion?
-
Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu
RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh
pemimpin-pemimpin ...
6 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD..
-
Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa
rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang
mana S...
7 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
7 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
8 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat
-
JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima
sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat
perhatian Ahl...
8 years ago
-
Pemimpin ....
-
Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya.
Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam
kepimpinannya...
10 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video.
-
Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya
dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'...
Lunyai Khalid Ibrahim dikerjakan...
10 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari.
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU)
bermula j...
11 years ago
-
0 comments:
Post a Comment