#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

18 January 2015

Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai - Datuk Ehsanuddin

Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing dan meningkat. Hal ini bukan sahaja membimbangkan kerajaan, malah juga masyarakat.

Ternyata bahawa pendidikan moral, sivik, pendidikan kesihatan dan keselamatan masih diperlukan dalam menangani masalah sosial ini.

Diatas kesedaran itu, Yayasan Mesra dengan kerjasama JKKK Felda Pasak di bawah jajahan Parlimen Kota Tinggi telah mengambil iniseatif menganjurkan satu program bagi memupuk kesedaran kalangan masyarakat terhadap isu berkaitan.


Aktiviti yang bertemakan "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini turut menyertakan beberapa agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi untuk bersama-bersama masyarakat memberi perkhidmatan secara langsung ditapak program.

Program yang pertama kalinya di anjurkan itu di rasmikan oleh YB. Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid.

Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid. berucap sebelum merasmikan majlis.
Sempena program yang di anjurkan, YB Datuk Ehsanuddin turut menyeru kepada yang hadir supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.Hindarkan diri daripada penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, jantung dan sebagainya

Menurutnya, kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, jika kita tidak menghargai kesihatan yang diperolehi, kita akan menjadi seperti manusia yang tidak bersyukur.

Diantara beberapa faktor yang boleh membawa penyakit adalah melalui pemakanan. Oleh yang demikian semua pihak terutama kaum wanita perlulah berhati-hati semasa menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Pastikan bahan makanan yang digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak, katanya yang juga sebagai Pengerusi Yayasan Mesra.

Sepanjang program berlangsung dan selari dengan konsep serta tema penganjuran, beberapa acara diadakan untuk para pengunjung dan penduduk setempat antaranya ialah senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pertandingan masakan sihat, demo masakan sihat termasuk taklimat keselamatan oleh Insp Devendiran a/l Paliniady dari Jabatan Siasatan Jenayah (PDRM) Kota Tinggi...

Turut hadir pada program tersebut, YB ADUN Johor Lama, Hjh. Asiah Md Arif; Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Kota Tinggi, En. Taufiq Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, En. Fazli Hj. Buyong; Penghulu Mukim Kota Tinggi, Tuan Hj. Zainuddin Zainal Abidin serta pemimpin-pemimpin penduduk Felda Pasak.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang dianjurkan bertempat di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang ditaja oleh Felda Global Venture (FGV)













 
















0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.