#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 February 2015

Aktiviti 'candlelight vigil' mengandungi unsur-unsur "tasyabbuh"



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini menegaskan, Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

Oleh itu, upacara 'candlelight vigil' atau berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin adalah dilarang bagi umat Islam kerana ia menyerupai upacara agama lain.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti 'candlelight vigil' kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam," menurut kenyataan muzakarah tersebut yang dikeluarkan menerusi laman rasmi Facebook Fatwa Malaysia.

Mengulas lanjut, Jawatankuasa muzakarah berkata di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan.

"Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

"Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha," jelas jawatankuasa tersebut.

Terbaru, upacara 'candlelight vigil' kembali hangat diperkatakan apabila para pemimpin dan penyokong pembangkang berhimpun bersolidariti sambil menyalakan lilin di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai simbol untuk pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan ketua Anak Muda Keadilan berkata, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, usaha mereka berhimpun sambil memegang lilin adalah semata-mata untuk menunjukan solidariti terhadap Anwar dan bukannya melakukan upacara keagamaan.
Hal ini juga telah mendapat perhatian seorang lagi tokoh keagamaan iaitu Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau merasakan terpanggil untuk berkongsi pandangan disamping mengingatkan kita melalui sepotong hadith Bagiunda Rasulullah yang memberi maksud: 

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mengambil hati manusia nescaya dimurkai Allah ke atasnya dan menjadikan orang yang hendak diambil hatinya, menjadi marah kepadanya dan sesiapa yang menyebabkan keredaan Allah kerana menyebabkan kemarahan manusia kepadanya nescaya dia diredai Allah dan menjadikan hati orang yang marah kepadanya itu tadi bertukar menjadi sayang dan menyukainya.”  (Riwayat Tabrani)

Apa yang jelas dari maksud hadith ini, perbuatan tersebut mengundang pelbagai fitnah dan spekulasi negatif. Tambahan perbuatan menyalakan lilin dalam upacara “candlelite vigil” mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi penganut Kristian.

Datuk Mashitah mengingatkan bahawa kita telah ditegur oleh ALLAH sendiri didalam banyak ayat didalam Al Quran dan hadis Rasulullah supaya tidak melakukan perbuatan menyerupai Nasara, Yahudi maupun musyrik. Dengan sendiri kita boleh berfikir untuk tidak langsung melibatkan diri samada upacara “candlelite vigil”, demonstrasi, pengkebumian atau apa-apa upacara berkaitan keagamaan mahu pun dalam bentuk memprortes.


Datuk Dr Mashitah dalam ulasannya turut menyebut bahawa musuh Islam sentiasa akan cuba membawa umat islam kearah kesesatan dengan cara membudayakan setiap amalan secara beransur ansur sehingga ianya menjadi satu amalan kebiasaan.

Oleh yang demikian itu, dikira haram (salah) bagi umat Islam yang tahu dan sedar untuk mengikuti upacara tersebut, melainkan kerana terpaksa atau tanpa disedari dan sebagainya. Dalam hal ini. Allah berfirman yang bermaksud:

 “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) melainkan mereka yang dipaksa (melakukan kerja-kerja kekufuran tersebut ) sedangkan hatinya masih tetap dengan iman, tetapi sesiapa yang lapang hatinya dengan kekufuran itu, maka atasnya kemurkaan Allah  dan untuk mereka azab seksa yang amat besar.” (al-Nahl:106)

Dalam ulasannya lagi berkata,’Terlalu banyak “candlelight”yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak tanpa mengira batas batas agama , isu ini bermula apabila mereka mula menterjemahkan hal hal yang berkaitan dengan agama yang  mana  tiada perbezaan diantara agama agama yang dianuti.”

Beliau juga sempat mengingatkan kita kembali dimana hukum penglibatan orang Islam dalam akitiviti orang bukan Islam dalam upacara “Candlelite Vigil” adalah haram dan kata beliau, Muzakarah Jawatankuasa  Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  kali ke 88  yang telah bersidang pada 2 Oktober 2009  lalu... 


Muktamat telah memutuskan bahawa umat islam dilarang sama sekali menyertai apa juga ritual yang bersifat upacara keagamaan bukan Islam yang mengandungi usur tasyabbuh dan boleh menjejaskan Aqidah umat Islam.

Sebagai umat Islam, ada batasan yang perlu kita hormati dan patuhi dalam semua perkara. Ada larangan larangan yang perlu kita hindarkan, bukan setakat isu lilin ini, malahan banyak lagi perkara yang telah berlaku.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita agar tidak hanyut dan menjadi ‘pak turut’ sepertimana sabda baginda yang bermaksud:

“Jangan kamu jadi pak turut yang bersikap ’aku bersama-sama orang ramai; kalau mereka baik, baiklah aku, kalau mereka tidak baik, aku juga tidak baik’, malahan hendaklah kamu cekalkan hati kamu kalau orang ramai baik, ‘aku akan mengikut jejak mereka,’kalau mereka tidak baik, aku akan menjauhi kejahatan mereka’.” (Riwayat Tirmizi)


Sesungguhnya, kita kadangkala meremehkan perilaku meragukan yang muncul daripada dalam diri kita demi mengejar sesuatu yang sama ada kita sedar atau tidak sebagai sesuatu yang sementara dan tidak kurang pula bersifat fatamorgana. Demi memenuhi bisikan naluri, kita tergamak melakukan sesuatu yang ‘membimbangkan’ masyarakat, khususnya di kalangan Muslim. Dan lebih parah jika kita sanggup ‘membelakangkan’ agama, semata-mata mengejar sesuatu yang entah apa.

Renung-renungkanlah!!!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.