#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 Februari 2015

MCA : 'Kai Gung' Dan 'Yang Yee Sang' Memupuk Semangat Dan Ikatan Lebih Rapat


Kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti DS Liow Tiong Lai telah mengadakan majlis "Kai Gung" dengan paluan irama gendang dan simbal yang kuat dan bertenaga, pagi ini. 


"Kai Gung" yang bermaksud majlis memulakan kerja, diadakan pada hari kelima Tahun Baru Cina, yang merupakan tahun kambing mengikut kepercayaan kaum Cina. Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat MCA yang terletak di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Sekumpulan penari singa dan naga memberikan persembahan yang meriah dan bertenaga di pintu masuk wisma berkenaan. Seperti tradisi masyarakat Cina, Ketua Parti dan Timbalan beliau, Dr Wee Ka Siong kemudiannya turut memberikan ang pau kepada "singa" berkenaan dengan harapan tahun berkenaan membawa tuah kepada MCA.


Pelancong asing dan penyewa di Wisma MCA 
kelihatan terpesona dengan persembahan penari naga dan singa berkenaan selain sempat merakamkan foto bersama para penari di pintu masuk wisma berkenaan. Kumpulan penari naga dan singa berkenaan kemudiannya mengadakan persembahan di setiap tingkat bangunan yang terdapat jabatan-jabatan di bawah MCA.

Sebagai menyambut tahun kambing yang di percayai penuh kemakmuran serta dipenuhi dengan tenaga positif, Majlis "Kai Gung" yang dianjurkan warga MCA 
 untuk Tahun Baru Cina yang baru dan penuh bermakna itu diharap akan menganugerahkan nama baik untuk parti, diberikan kesihatan yang baik untuk pemimpin dan selururuh kakitangannya. 



Untuk memupuk ikatan yang lebih rapat dengan kakitangan, kepimpinan parti turut meraikan kira-kira 50 kakitangan dari Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) dalam makan tengah hari di mana majlis "yang yee sang". 

Majlis ini diharap akan memberikan semangat baru kepada pimpinan MCA untuk terus berusaha untuk mengambil hati masyarakat Malaysia khasnya kaum Cina untuk sama-sama bersama parti Barisan Nasional dalam memajukan negara.



Selain Presiden dan Timbalan Presiden, antara pemimpin MCA yang hadir ialah Setiausaha Agung Dato 'Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.