#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 February 2015

Permohonan Lesen Bas Ekspress Tambahan (LPS) Kini Dibuka - SPAD


Menjelang musim cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba beberapa minggu lagi, Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang akan digunapakai oleh bas-bas tambahan kini dibuka untuk permohonan kepada semua pengusaha bas ekspress yang bercadang ingin menyediakan bas tambahan.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menetapkan tempoh akhir permohonan LPS kepada semua pengusaha bas eskpres yang berminat sehingga 17 Februari 2015 ini.

Tempoh sah laku bagi setiap Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang dikeluarkan kepada setiap pemohon akan bermula pada 12 Februari 2015 dan berakhir pada 1 Mac 2015. Bagi permohonan LPS yang dihantar pada tarikh 12 hingga 17 Februari 2015, tempoh sah laku LPS yang diberi akan berkuatkuasa mengikut pada tarikh permohonan dihantar.

Menurut SPAD, bagi menentukan kelayakkan serta kelulusan pada setiap permohonan adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang terkandung dalam lampiran 5 muka surat bertajuk Pekeliling SPAD Bil.1/2015: Permohonan Lesen Perubahan Sementara Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 seperti di bawah.





Dengan tersiarnya maklumat lengkap ini, pihak SPAD berharap dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan termasuk pihak pengguna/penumpang yang tentu sekali bijak menentukan hak sebagai pengguna dalam memilih perkhidmatan yang ditawarkan tidak merbahaya serta selamat digunakan dan terjamin keselamatannya.

Pastikan anda tidak terbabit dalam insiden kelewatan perjalanan, bas tidak sampai, ugutan 'ulat tiket' atau tiket palsu, bertukar bas di sepanjang perjalanan serta dikenakan tambang yang tidak munasabah dan sebagainya.

Kepada para pengguna/penumpang pengangkutan awam darat yang mahu melapor sebarang aduan kepada S.P.A.D, sila hubungi talian seperti dibawah:



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.