#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 February 2015

Kesederhanaan Nadi Keharmonian Negara - Presiden MCA


Memetik kata-kata dalam ucapan Presiden MCA Tiong Lai di atas sewaktu beliau merasmikan forum bertajuk ‘Matters of Moderation, Matters To Malaysia’ anjuran Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap) serta kumpulan pemikir MCA di Kuala Lumpur, Sabtu lalu sememangnya suatu yang amat tepat untuk kita sama-sama jadikan peringatan seandainyak negara mahu di lihat berterusan.
Kata Dato' Seri Liow lagi, pada masa ini, dengan wacana politik yang dalam keadaan tidak menentu, beliau menyeru agar kita sentiasa mengambil jalan tengah dan menolak pandangan ekstrem walau daripada mana datangnya sekalipun.
“Sejak Kemerdekaan, pengasas negara kita telah menetapkan hala tuju untuk diikuti semua dan ia sesuai untuk didukung kita." kata beliau.
“Kesederhanaan ialah sebahagian daripada DNA kita. Kesederhanaan sepatutnya menjadi nadi gabungan yang menerajui negara sekarang,” tambahnya lagi.

MCA katanya, mewakili kaum Cina namun pendekatannya dalam menangani isu sentiasa mencerminkan kepelbagaian kaum.

“Kami parti mewakili masyarakat Cina tetapi kami bukan parti cauvinis... Kami mengambil pendekatan pelbagai kaum dalam menangani pelbagai isu,” katanya.

Pun begitu, apa yang lebih penting katanya ialah wacana masa kini seharusnya membincangkan cara bagaimana meningkatkan dan membantu satu sama lain dan bukan tertumpu kepada perbezaan antara kaum.

“Saya ingin memberi jaminan, kerajaan Barisan Nasional (BN) mendukung kesepakatan yang mengambil kira pandangan semua kaum,” tegasnya.


"Rakyat Malaysia harus mengambil pendekatan sederhana dan kembali kepada prinsip amalan nenek moyang yang menjadi panduan dalam membentuk negara ini sewaktu menangani sesuatu isu." 
                                                                             Dato' Seri Liow Tiong Lai                                                                 Menteri Pengangkutan / Presiden MCA


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.