#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

17 February 2015

GONG XI FA CAI: Tambang Bas Ekspres Kekal Pada Harga Biasa - SPAD


Bila harga minyak turun, akan kedengaran suara-suara dari pihak pengguna meminta harga barangan keperluan harian di kurangkan, termasuklah kadar tambang pada pengangkutan awam.

Begitu jugalah sebaliknya akan berlaku. Semuanya dikatakan berpunca dari isu turun naiknya kadar harga bahan api. Bila harga minyak naik sebelum ini, macam-macam benda dan keperluan harian mengambil kesempatan menaikkan harga, termasuklah timbul tuntutan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam mahu kadar tambang dinaikkan hingga ada yang ketahap agak melampau.

Bila harga bahan api naik, bukan sahaja pihak pengusaha bas sekolah, bas ekspres dan teksi meminta tambang dinaikkan tetapi harga barangan keperluan termasuk makanan mula naik.

Seperti`pesta naik harga' pula jadinya.

Kenaikan kadar harga pada sesetengah keperluan pengguna, sampai satu tahap berlarutan dan menjadi teruk terutama tibanya musim perayaan.

Keadaan itu pasti akan membebankan orang ramai terutama yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan menyambut perayaan dan juga disaat pembukaan sesi persekolahan di awal tahun.

Namun begitu, menjelang tibanya Tahun Baru Cina tahun ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menetapkan kadar tambang bas ekspres di seluruh negara kekal pada harga biasa.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, 
, walaupun berlaku penurunan harga minyak sebelum ini, ia tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang sepertimana diminta pihak pengguna. 

Banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang selain minyak. Antaranya kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans juga diambil kira

"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat, Isnin lalu.

Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.
Dalam hal ini, para pengusaha dan juga pengguna, seharusnya mengambil kira segala faktor sebelum mengambil keputusan atau membuat apa-apa tindakkan dan harus diingat bahawa kadar harga yang ditetapkan pada bahan api menjadi asas bagi menetapkan turun naiknya harga barangan atau keperluan harian yang lain.

Dalam pada pihak SPAD membuat ketetapan di mana harga tambang masih kekal. Diharap tidak ada mana-mana syarikat bas ekspres dalam diam mengambil kesempatan menaikkan harga tambang dengan menggunapakai khidmat "ulat" bagi menjual tiket bas pada harga tinggi terutama pada hari-hari perayaan, ketika ini.

Sementara itu, mengenai Lesen Perubahan Sementara (LPS), beliau berkata sempena Tahun Baharu Cina ini, SPAD telah meluluskan sebanyak 140 LPS kepada syarikat bas ekspres di seluruh negara.

"LPS itu mungkin bertambah lagi jika ada permohonan dan ini semata-mata bagi memastikan pengguna tidak mempunyai masalah untuk pulang beraya," katanya.

Mengenai dakwaan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, Syed Hamid menasihatkan ibu bapa agar memboikot pihak yang sengaja mengambil kesempatan itu.

"Sebagai pengguna carilah bas sekolah yang masih mengekalkan tambang yang munasabah dan syarikat bas sekolah itu mestilah berdaftar," katanya.


0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.