04:52
MCA anggap isu seruan boikot Datuk Seri Ismail Sabri ' tutup buku' setelah Menteri Pertanian dan Asas Tani itu mengeluarkan kenyataan kesal dengan apa yang berlaku dan hingga ianya telah mencetuskan sentimen perkauman.
Presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan Khamis malam harap isu ini tidak dipanjangkan lagi.
Katanya beliau telah menyuarakan pendirian MCA semasa mesyuarat kabinet minggu ini.
Liow memberitahu beliau menghormati keputusan bersama Perdana Menteri dan kabinet tentang perlunya isu ini ditamatkan.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB KHAMIS MENGENAI HAL BERKENAAN:
Kontroversi yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.
Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di ‘viral’. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentimen perkauman. Segala kegusaran dikesali.
Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum
Perkara tersebut telah dibincangkan secara mendalam di Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak.
YAB Perdana Menteri juga menyeru agar semua pihak menumpu perhatian kepada usaha-usaha yang dapat memupuk perpaduan nasional.
Kabinet telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
Saya menyeru semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.
Para pengguna tanpa mengira kaum di negara ini juga perlu bersatu menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.
12hb Februari 2015
0 comments:
Post a Comment