#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

10 February 2015

Perhatian penuh terhadap mangsa serta madrasah 'Pondok' dilanda banjir - YPPM


Beberapa madrasah yang dilanda banjir baru-baru ini terus mendapat perhatian dan bantuan daripada pelbagai pihak dalam usaha meringankan sedikit bebanan mereka, baru-baru ini.

Dua madrasah tersebut ialah Madrasah Raudhah Al-Muhibin, Seberang Chenor dan Madrasah An Najah, Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, bantuan yang disalurkan mengambilkira kawasan sekolah pondok yang terjejas teruk akibat banjir.

“YPPM menyalurkan bantuan kepada dua buah madrasah setelah melihat keadaan madrasah yang teruk akibat terjejas bencana banjir.


Kedua-dua buah madrasah itu difahamkan ditenggelami air banjir sedalam dua kaki sehinggakan merosakkan keadaan struktur bangunan dan barang-barang keperluan dapur pelajar,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, YPPM sudi menghulurkan bantuan berbentuk atap zink, prabong, tong gas, tilam, buku log dan kitab-kitab agama bagi meringankan bebanan pihak pondok.

Selain musibah banjir, Mashitah turut meninjau keadaan Madrasah An Najah yang baru-baru ini terbakar.


“Ada empat rumah penginapan pelajar lelaki di Madrasah An Najah terbakar dan ini benar-benar menguji kesabaran pihak sekolah pondok tersebut yang baru sahaja melanda banjir.

“Saya berharap mereka bersabar dengan ujan terbaharu ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.