#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

17 February 2013

GILA KUASA: PAS sanggup menipu ahli & penyokongnya? KLIK baca ni!


HARI-HARI kita boleh membaca kemelut dalaman parti yang mendakwa parti yang mendokong Islam.

Namun daripada laporan yang dibaca, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) itu kini semacam hilang keyakinan dalam kalangan ahlinya sendiri. Kumpulan-kumpulan atas pagar yang menyokong Pas selama ini pun sudah nampak berubah angin. Mereka tak macam dahulu dan kini semakin terbuka membidas kepimpinan Pas Pusat.

Ternyata ada yang marah secara diam dan ada yang tidak dapat menahan marah dan bosan dengan cara pemimpin Pas menangani tindakan DAP yang banyak menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pas terutama perkara berkaitan Islam.

Kerana menjaga hati atau takut pada DAP, Pas sanggup mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar misi menawan Putrajaya.



Habis luluh harapan ahli dan penyokong Pas melihatkan perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud terkulai apabila menerima tekanan DAP dan PKR.

Hakikat yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah banyak ahli Pas seluruh negara kecewa apabila DAP dan PKR nampak lebih dominan dalam pakatan pembangkang. Kemuncak sakit hati ahli Pas apabila pemimpin DAP dan PKR terus berdegil dalam isu kalimah Allah tanpa mempedulikan pendirian Pas yang merupakan rakan sekutu mereka.

Apa yang patut ahli dan penyokong Pas lakukan dalam kemelut ini? Ada pihak minta Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan apakah hukum membantu DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, adakah mengundi kedua-dua parti itu meletakkan mereka dalam keadaan kekufuran?

Hakikatnya DAP dan PKR menjadi faktor pencetus utama perpecahan dalam masyarakat Melayu/Islam. Kalau ahli Pas dan penyokongnya membantu kemenangan DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar Islam akan diperlekehkan.

Sebab itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan ulama, guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan baru-baru ini bahawa memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.


Berat sungguh perisytiharan itu. Kumpulan daripada Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita menegaskan ‘hukum’ itu berdasarkan perjuangan menentang Pas adalah jihad. Ini kerana mengundi parti itu juga bermaksud menyokong DAP yang terang-terang menolak negara Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pas sepatutnya menentang DAP yang dilihat bebas menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga perkara berkaitan akidah pun mahu dicampurinya.

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh bersuara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sebahagian dari ahli PAS Pasir Gudang membuat bantahan secara aman berhubung isu kalimah Allah di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, semalam.
Sebenarnya banyak pihak ‘malu-malu’ membangkitkan isu undi Pas adalah haram dalam konteks semasa.

Namun pengisytiharan kumpulan NGO tersebut memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini mendakwa undi mereka akan mendapat pahala serta masuk syurga.

Keadaan ini menyaksikan golongan ulama dan ahli agama mula hilang kepercayaan kepada Pas. Sesungguhnya ada banyak ‘dalil kenapa haram undi Pas’.

Dalam ceramah politik Pas, tiada seruan kepada perpaduan ummah sebaliknya yang dicanangkan ialah hapuskan UMNO yang dituduhnya sekular. Hakikatnya Pas adalah ejen pemecah belah umat Islam di Malaysia kerana parti itu selalu menolak usaha penyatuan umat.


Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘amanat’ mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA. Sekarang, mengapa Abdul Hadi tidak mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama terhadap DAP.

Janganlah kerana undi, Pas sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan menyokong DAP yang anti negara Islam, hukumnya haram.

Kerana DAP juga, Pas hingga kini belum memberi kata putus tentang persetujuan penggunaan kalimah Allah untuk dipakai oleh penganut Kristian.

Pas semakin teruk dan hilang fokus hingga tergamak mengotori dan mengeksploitasi ajaran Islam.

Hakikatnya Pas terang-terang menyalah guna Islam demi tujuan politik. Pas mengamalkan politik kebencian. Parti itu juga mendakwa merekalah paling Islamik sedangkan yang lain tidak.

Pengundi boleh meneliti bahawa Pas lebih mementingkan tujuan politik berbanding dakwah Islam yang sebenar.


Renungkan dengan mendalam, patutkah umat Islam terus menyokong DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Kalau ulama dan ahli agama mengatakan perbuatan itu adalah haram dan berdosa, adakah kita masih meraguinya? Atau umat Islam tunggu ceramah politik daripada ‘ulama’ ciptaan Pas yang sering membuat keputusan bertentangan dengan hukum syarak? - Artikal Rencana dari Utusan Melayu (M) Bhd


Artikal berkaitan KLIK SINI...

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.