#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 February 2013

Bukti Anwar dan PR tak pandang nasib OKU .. KLIK baca surat ni!


Surat untuk Anwar Ibrahim Mengenai Manifesto Pakatan Rakyat.

Kepada,

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Malaysia,

Assalamualaikum Datuk Seri,

sebagai ibu bapa kepada anak OKU dan punya ramai kawan-kawan OKU, kami tersinggung dengan Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan 25 Februari lalu tidak menyentuh hak untuk golongan OKU yang melebihi 1 juta di Malaysia ini.

Tidak adanya pelan untuk OKU ini membuktikan tidak ada apa-apa usaha sepanjang lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri-negeri mereka. OKU bukan hendak naik elaun atau peralatan percuma sahaja atau sekadar penerima bantuan tetapi menikmati hak sama rata dengan yang lain sama seperti kita memperjuangkan isu penghapusan PTPTN, yuran percuma dan sebagainya. Juga peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan OKU.

Kami pernah cuba berbincang dengan YB-YB Pakatan Rakyat tetapi riak wajah pun tidak menunjukkan minat malah program seperti forum atau seminar tentang OKU pun kurang mendapat sambutan pimpinan PR dan penyokong parti berbanding isu-isu yang boleh memberi keuntungan politik seperti isu keganasan polis, isu kes Altantuya dan sebagainya.

Apabila disuarakan, kami diminta bersabar - ada ganjaran di akhirat. Mujurlah tidak seperti BN, disuruh sentiasa bersyukur. Tiada usaha bersungguh exco kerajaan negeri untuk bertemu dengan golongan OKU bagi membincangkan pelan dasar.

Malah Agenda Wanita Malaysia yang katanya menyebut tentang OKU juga tidak dibawa ke dalam manifesto ini. OKU tidak punya banyak masa dan tenaga untuk senang-senang memanjat tangga pejabat YB kerana golongan OKU terpaksa mengharung perit arus untuk survival. Sebaliknya pegawai-pegawai khas YB ini perlulah mengatur menjadi jambatan penghubung antara pemimpin dengan golongan OKU.

Diharap luahan ini dapat dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Ronasina
(Mohd Affandi bin Ramli)
26 Februari 2013

Sumber : https://www.facebook.com/ronasina.kartunis

1 comments :

  1. Bahalol puak-puak ni... PR - Perosak Rakyat

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.