#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

3 August 2014

PRODUK FGV : Terbaru 'Adela Vanaspati'



Felda Global Ventures Holdings Berhad melancarkan minyak lemak sayuran vanaspati di bawah jenama Adela, baru-baru ini.

Vanaspati melengkapkan lagi produk hiliran FGV yang bakal menjadikannya sebagai pengeluar barangan pengguna laris berasaskan minyak sawit di asia tenggara di masa hadapan.

Ketika ini, anak syarikat FGV Delima Oil Products Sendirian Berhad hanya mengeluarkan minyak masak dan marjerin.

Adela Vanaspati, minyak lemak sayuran yang baru dilancarkan oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) akan menembusi pasaran India dan Nepal, selain pasaran domestik.

Produk itu turut bakal dipasarkan di Myanmar, Filipina dan Vietnam - pasaran sedia ada bagi jenama Adela.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, dengan memasuki pasaran-pasaran tersebut, FGV dapat mengukuhkan kedudukannya di peringkat antarabangsa khususnya di Asia Tenggara, sekali gus menjadi salah satu daripada lima peserta pengeluar produk barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) di rantau ini.

Pelancaran vanaspati melengkapkan produk hiliran FGV yang dihasilkan oleh anak syarikatnya Delima Oil Products Sdn. Bhd. yang turut mengeluarkan minyak masak dan majerin.

Adela juga merupakan antara jenama yang dikeluarkan oleh Delima Oil yang turut menghasilkan jenama Saji, Sunbear, Purich dan Sri Pelangi.

Vanaspati dijangka diedarkan ke seluruh negara pada akhir tahun ini, sesuai dijadikan pilihan pengguna kerana ia tiada kandungan lelemak haiwan.

Produk yang menepati garis panduan halal oleh Jakim itu merupakan bahan terbaik untuk semua cara masakan -menggoreng, gril serta membuat kek.

Vanaspati keluaran Delima Oil itu mengandungi Vitamin E dan bebas daripada asid lemak trans dan kolestrol.

Produk ini dijual pada harga antara RM4 hingga RM12 mengikut berat kandungan.

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


4 comments :

  1. minta felda keluarkan produk utk kegunaan rakyat malaysia. bee hoon, mee kuning, kue tiaw dan banyak lagi yg pengguna islam terpaksa dapatkan dari sumber yg meragukan. plissss felda. we trust u

    ReplyDelete
  2. Felda keluarkan produk berasaskan minyak sawit. Produk makanan lain.yg berasaskan tepung spt mee kuning dsn bee hoon patut dipelopori oleh pihak bumiputera lain. Syarikat faeza dan syed mokhtar albukhari antara yg perlu disokong. Berilah sokongan agar rakyat muslim negara ini mendapat bekalan makanan yg halal dan suci.

    ReplyDelete
  3. tengah tunggu komen mazlan aliman,

    ReplyDelete
  4. Can we purchase directly from fella for exporting

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.