Begitu agaknya kedudukan yang sedang dilalui oleh FELDA GLOBAL Ventures Holding BHD (FGV).
Ketika sudah meraih kedudukan yang selesa sebagai salah satu pengeluar minyak sawit mentah, FGV tidak boleh duduk diam kerana akan terus mencari peluang demi mengekalkan kedudukan yang lebih kukuh.
Ketika sudah meraih kedudukan yang selesa sebagai salah satu pengeluar minyak sawit mentah, FGV tidak boleh duduk diam kerana akan terus mencari peluang demi mengekalkan kedudukan yang lebih kukuh.
FGV atas sebab sama , tidak duduk diam didalam perniagaan membekal minyak sawit mentah. Peluang untuk mengambil alih ladang sawit diluar negara seperti dari negara jiran Indonesia, Fillipina dan Afrika akan terus disuahakan.
Hasrat FGV mahu kekal sebagai pembekal terbesar didunia ini direncanakan dalam tempoh 6 tahun.
Menjelang tahun 2020 jika boleh, FGV mahu sasaranya untuk memiliki 925,000 hektar ladang sawit dengan pengeluaran sejumlah 8.7 tan minyak sawit mentah akan tercapai.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini pengurusan atasan FGV telah pun membahagikan pengurusan unit unitnya dengan membentuk kluster kluster yang yang didalam nya terbahagi pengurusan tertentu, dan perniagaan sawit huluan sebagai salah satu kluster nya dengan harapan yang dapat dapat menyokong aspirasi FGV menjadi “captain of industry” dalam bidang minyak sawit mentah.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kluster Perladangan FGV En Abdul Halim Ahmad turut menerangkan strategi yang telah pun dimulakan awal tahun ini antara nya adalah meninjau kawasan ladang yang telah sedia disuahakan untuk mempercepatkan mendapat hasil darinya.
En. Abdul Halim Ahmad. |
“Setiap tahun kami menyasarkan untuk membeli sehingga 60,000 hektar ladang sawit yang sudah mengeluarkan buah seperti contoh ladang yang dibeli di Pontian, baru baru ini” tambah En Abdul Halim.
Selain itu menanam semula membabitkan kawasan 15,000 hektar juga turut dilakukan sambil membetulkan mana mana kesilapan yang berlaku ketika penanaman sebelum ini.
Beliau turut memberitahu bahawa proses untuk mengaut pulangan dari cara penanaman semula akan hanya diperolehii pada tahun kelima dan sambil itu FGV akan mencari ladang yang telah sedia disuahakan pada masa akan datang , kata nya.
Oleh sebab tidak mahu membayar kos yang tinggi berbanding harga sebenar maka FGV kata En Abd Halim akan membuat penilaian teliti sebelum apa apa keputusan dimuktamadkan.
“Kami akan menilai dan menawarkan harga yang bersesuaian dengan keadaan ladang termasuk melihat infrastrukturnya sama ada baik atau tidak, ada kilangnya atau tidak dan sebagai nya” kata En Abd Halim.
Turut diberitahu adalah bahawa Kluster huluan sawit FGV akan membentuk kerjasama dengan syarikat rantaian bekalan dikawasan ladang baharu termasuk kilang , penapis dan penyediaan perkhidmatan pengangkutan.
Maka sahlah FGV tidak duduk diam walaupun kini kedudukanya agak selesa, mungkin cabaran dalam industri ini dimasa hadapan tidak mengizinkan FGV berbuat sedemikian.
FGVH adalah penyamun yang paling besar didunia ......itulah pandangan aku .....
ReplyDeleteOrang yang berhati busuk yang berfikiran begitu.
DeleteAlooo bro.. Tolong bgi senarai apa barang yg dah FGVH samun. Jangan pandai menuduh saja. Busuk mulut tu nnti. Bagi bukti la.
Delete